Friday, July 27, 2012

Berjemaah bersama

Views



syukur sangat dengan kenangan hari ini....jumaat...penghulu hari....penghulu bagi setiap yang berlaku termasuk coretan kenanganku....

syukur hari ini dia tersenyum....bersyukur juga aku telah boleh berkata2 dengannya walaupun tidak seperti sebelum ini....masih teragak2 untuk berkata2.....namun aku tetap bersyukur kerana tekanan yang aku rasa seperti hilang begitu sahaja....

tenang dan selesa mampir dalam sujud asarku yang berimamkan dia....sungguh itulah pertama kali aku sembahyang berimamkan dia....dan aku tidak tahu mengapa ringan sahaja tangan dan kakiku menuju ke tempat wudhuk tadi....

dapat aku lihat dia agak terkejut melihat aku bertelekung di surau tadi....namun aku cepat2 mengawal riak muka...begitu juga dengan dia...agak gugup juga bila berdepan dengannya waktu itu...sambil menunggu kehadirannya aku berceramah seketika di surau berkenaan dengan bulan ramadhan....

seketika kemudian guru besar dan ustazah rohana sampai dan diikuti dengan dia...imam untuk kami hari ini...seperti biasa...dia akan mengimamkan pelajar,ustazah rohana,guru besarku dan termasuk diriku hari ini...sungguh aku malu...bukan kerana pertama kali aku bersolat di surau itu...tetapi aku malu dengan apa yang telah jadi sepanjang minggu ini....

selesai solat dia bertasbih...ketenangan dari tasbih2 tersebut membuatkan aku seperti khayal...khayal dalam duniaku seketika sehingga ada pelajar yang memandang pelik ke arahku...yalah...mungkin pelik melihat aku jauh mengelamun sedangkan mulutku terkumat kamit bertasbih...

selesai segalanya ku lihat wajahnya sangat ceria....sehingga terlupa untuk menarik handbreak van.....nyaris van itu melanggar kereta kak ain...sungguh bahaya....!!yang penting hatiku puas...puas melihat dia mampu tersenyum semula selepas hampir seminggu kelihatan tidak keruan...begitu juga dengan aku....

rindu????ah....itu semua bukan soalannya sekarang ini...apa yang penting doakan kebaikan neneknya yang kini berada di ccu sarawak....semoga neneknya kembali sembuh sediakala...sekurang2nya meringankan resah di hatinya untuk seketika pada hari ini sangat membawa makna bagiku...

No comments: