Saturday, July 28, 2012

Hanya pdmu Tuhan

Views


sebaik2 perancang adalah Allah SWT....dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali....sebelum isya tadi aku beritahu mak tentang keadaan nenek dia yang sekarang berada di ccu sarawak...kemudian balik sahaja dari masjid aku dan yang lain2 keluar untuk makan roti john...

selepas itu barulah aku terfikir untuk menghantar mesej kepadanya....dia beritahuku satu perkara yang sangat aku tidak duga...neneknya telah pergi buat selama2nya...

ya Allah...aku langsung tidak menduga...patutlah kepalaku berat sahaja sepanjang solat terawih tadi...kebiasaannya aku akan mudah mengalami rasa tidak selesa sekiranya ada berlaku perkara yang tidak elok berlaku pada seseorang yang aku kira penting untukku...

ajal maut di tangan Tuhan....semuanya telah ditakdirkan....aku katakan padanya banyak2 bersabar...yelah....neneknya berada di sarawak dan dia berada di melaka....sudah tentu sukar baginya menghadapi situasi ini....aku hanya berharap dia baik2 sahaja...

lagi pun ibunya berada di sana...hanya ibunya sahaja wakil bagi keluarganya...di harap semuanya di permudahkan Tuhan....moga roh neneknya di cucuri rahmat.....al-fateha....

~mengharapkan yg terbaik~

No comments: