Pagi yg blurrrr
Views
pagi yang indah tapi aku tidak tahu mahu mencoret apa diblogku ini.....fikiranku kosong sahaja....ada juga terlintas idea2 untuk menulis...tapi bila buka sahaja entry baru langsung tiada ayat untukku mulakan...
apa sebenarnya yang sedang aku fikirka sekarang ini........kepalaku agak berserabut dari semalam......alahai.....aku paling tidak suka bila aku sendiri "sesat" dalam lautan fikiranku.....yang aku sendiri tidak tahu di mana hujung dan pangkalnya...
mungkin ada beberapa perkara yang merunsingkan aku....tapi buat masa sekarang ini aku tidak dapat mengesan lagi apakah yang menjadi masalahnya....mungkin memerlukan sedikit masa untuk aku menyenarai pendekkan segalanya...
oh ya....hari ini hari ke lima aku beracai berry...keadaan???setakat ini memberangsangkan....yang pasti badanku memang kerap berpeluh....asal bergerak untuk membuat kerja pasti peluh keluar bagaikan aku berlari pula....selera makan ku???memang berkurangan....
semalam semasa berbuka mak masak siput sedut....tapi aku langsung tidak menyentuhnya...sedangkan sebelum ini aku sememangnya menyukai masakan itu....aku juga sudah tidak makan banyak....untuk sepanjang tempoh beracai berry ini aku hanya makan sesenduk nasi sahaja....itupun ku rasakan sudah banyak dan sangat mengenyangkan....!!
apa yang boleh ku simpulkan sejak beracai berry ini aku tidaklah rasa lapar yang memerlukan banyak makan....tapi memerlukan banyak air....sememangnya terbukti apabila berbuka sahaja aku rasakan air yang ku minum seperti tidak cukup....serasa air itu hilang entah ke mana....dasyat sungguh!
~tetibe t'igt kan en miau n nyauw2 ^_^ ~
No comments:
Post a Comment