sweet barnie
Views
balik dari sekolah hari ini hatiku rasa kerinduan....entah mengapa aku rasakan sebegitu....aku rasa hari ini aku sangat ingin bercakap dengannya....namun susah untukku lakukan perbuatan itu....sukar untukku meluahkan walaupun sebutir perkataan...
hari ini cara pemakaiannya agak berlainan dari hari2 lain....hari ini berseluar putih dan berbaju biru....agak sweet di mataku....aku teringin tersenyum apabila melihat dia berpakaian sebegitu....namun seperti bibirku beku untuk tersenyum padanya...bila teringatkan kejadian semalam lagilah mematikan senyumanku itu...
aku ingin berkata2 padanya namun seperti tiada apa yang hendak dikatakan.....kemudian aku hanya mendiamkan diri sahaja....dan menebarkan pandangan ke arah lain....bukan ke arahnya lagi.....sekarang memang sukar untuk kami berkomunikasi....apatah lagi tersenyum mesra....
aku tidak tahulah ustazah2 yang lain perasaan atau tidak.....namun hampir seminggu "hubungan" kami agak tegang.....ibarat perang dingin yang tidak tahu bila kesudahannya....kadang-kala aku rasa inilah jalan terbaik untuk aku dan dia....lagipun aku tidak sanggup pula melihat dia selalu di katakan denganku....aku tahu dia agak tertekan apabila ada sahaja mulut2 yang mengesyorkan supaya kami "diikat" secepat mungkin....sedangkan kami langsung tidak pernah bercakap tentang hal yang satu itu.....
aku tidak mahu kehadiranku membawa masalah padanya....biarlah aku datang dengan aman dan pergi dengan aman....aku berharap sangat sekiranya ada rezekiku sebagai guru agama,biarlah di sekolah lain.....lebih baik aku tinggalkan sekolah itu....supaya beban "hubungan" itu berakhir....dia pun tidak perlu mengelak dari ustazah2 yang lain kerana risau di kaitkan denganku....
~seribu satu kenangan~
No comments:
Post a Comment