hilang melayang
Views
kenapa kau perlu buat begitu???sakit...tahukah kau bahawa budak itu sakit bila kau buat dia begitu???kau seorang lelaki...!kau bakal menjadi seorang suami....!kau bakal menjadi seorang ayah...!!kenapa kau buat begitu???
kau seorang pengajar....kau seorang yang dihormati....mana letaknya otakmu sehingga tidak mampu untuk mengawal nafsu marah???mana letaknya imanmu???budak sebesar itu kau sepak sehingga aku yang melihat mahu luruh jantungku...!!
beberapa kali kau hayunkan kakimu....setiap hayunan yang mengenai kaki budak itu ibarat mengenai kepala dan badanku....sakitnya hanya Allah yang tahu....fikiran aku melayang pergi bersama dengan hayunan kakimu...semangatku pergi meninggalkan aku yang buntu...!
jujurnya aku benci melihat tindakanmu tadi!!tidak salah untuk kau marah kerana ingin mengajar....tapi perlukah menggunakan kekerasan seperti itu???tidakkah kau tahu batas2 seorang guru???itukah yang kau tuntut selama ini dalam ilmu agamamu???
mana letaknya kewarasan akalmu yang dewasa???sudah ghaibkah???puasa bukan alasan untuk kau bertindak sedemikian....puasa bukan menyebabkan orang sesuka hati memperlakukan anak murid seperti itu...walaupun bukan aku yang menerima hayunan kakimu itu....tetap aku terasa peritnya...
kau ibarat bapa di sekolah....sepatutnya kau menunjukkan tauladan yang baik kepada anak2....sepatutnya kau menjadi contoh ikutan....jika dengan sikap itulah kau pamerkan.....aku sendiri berani menyatakan kau tidak layak dihormati....bukan dengan cara begitu mendidik anak2...bukan dengan KAKI!!
~hilang hormatku padamu~
No comments:
Post a Comment