Wednesday, August 8, 2012

Impian Ramadhan

Views

malam ini aku ingin berkongsi tentang perasaanku apabila berjemaah di masjid...saban hari apabila aku ke masjid akan ada suatu perasaan yang memerlukan aku memandang ke sekelilingku....mengapa???aku sendiri tidak tahu...tapi apa yang aku tahu aku seronok melihat geligat jemaah wanita di dalam masjid...
kebiasaannya apabila aku selesai solat sunat tahyatul masjid aku akan duduk sambil berselawat...mak yang tersayang sentiasa berada di sebelahku...^_^...kemudian mulalah mataku menebarkan pandangan di sekeliling kawasan jemaah wanita....melihat gelagat jemaah wanita yang kebanyakkannya wanita2 di peringkat umur emak dan juga arwah nenekku...
tidak ramai jemaah yang sebaya denganku....boleh di bilang dengan jari...!jangan berfikiran negatif dahulu!mungkin remaja2 yang sebaya denganku berjemaah di tempat2 lain...bukankah melaka banyak masjid dan surau???^_^
kanak2 tidak begitu ramai...maka suasana untuk bersolat tidaklah begitu bising dan selesa untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada solat...kalau ada pun mungkin seorang dua...kanak2 yang comel duduk di samping ibu mereka yang sedang bersolat...comel dan sangat comel...!hehehe~
kemudian untuk 2 hari ini aku berjemaah bersebelahan dengan seorang kakak...aku tidak tahu siapa namanya...umurnya pun aku tidak tahu....namun...raut wajahnya menarik perhatianku untuk melihatnya...kadang kala sampai kakak itu perasan aku sering melihatnya...aduh...!malu sangat...
raut wajahnya seakan2 mr.A....sungguh aku tidak tipu...masa mula2 melihatnya aku juga terkejut!namun lama kelamaan aku selesa melihatnya...tapi aku segan mahu bersebelahan dengannya sehinggalah semalam...rezekiku bersebelahan dengan kakak itu...sungguh teruja aku di buatnya...^_^
hari ini juga aku bersebelahan dengannya...aku hanya berani senyum padanya...untuk bertanya nama ataupun umur masih tidak mampu...segan sungguh menebal...ibarat "jatuh cinta" melihat wajahnya....hehehehehe~aku suka bersebelahan dengannya...wajahnya lembut...suka tersenyum...aku agak teruja melihat wajahnya kerana wajahnya putih...cantik sangat...kagum aku dengan kecantikan kakak itu...ciptaan Tuhan memang indah2 belaka...
selain itu sambil bertasbih aku lihat jemaah wanita yang agak uzur usia mereka...aku terfikir...bagaimanalah keadaan aku 10 tahun akan datang???adakah aku di masjid ini bersama dengan anak2ku???adakah aku ke masjid bersama suami tersayang???masihkah aku berjemaah dengan mak seperti sekarang???bagaimana pula 20 tahun akan datang???adakah aku berjemaah dengan anak gadisku pula???sihatkah tubuh badanku???mampukah aku berterawih seperti sekarang yang lengkap dengan solat sunat witir???
ya Allah...moga aku mampu meneruskan perjuangan hidupku di bumi Allah ini...berjuang untuk ke Jannah bersama dengan keluargaku...bersama dengan ayah,mak,along dan adikku....bersama dengan suami yang tersayang dan juga anak2 kami...menunggu mu suami ku ibarat menanti lekuknya batu di titik air...
~insyaallah kita akan bertemu sayang~

No comments: