Pengalaman pahit
Views
memang betul bagi kata2 di atas....mengapa aku harus marahkan dia lagi sedangkan kesalahan itu sudah patut aku lupakan...
pengalaman semalam memang di luar jangkaan dan aku langsung tidak pernah terfikir untuk melalui pengalaman seperti itu....namun ianya berlaku seperti yang telah dicatitkanNya untukku...jujurnya aku sangat terkejut dengan perbuatan itu...bukan setakat terkejut bahkan aku rasa tindakan dia sangat keterlaluan...
sehingga kini masih terbayang2 di mindaku hayunan kakinya semalam....aku tidak tahu mengapa sukar untuk aku lupakan perbuatannya semalam....mungkin takdir Tuhan benda itu berlaku di hadapan mataku sendiri....melihat dirinya yang sedang marah....rupanya yang 100% berubah laku....dari seorang yang lembut menjadi seorang yang sangat baran...!
aku tidak pernah merasakan semangat aku hilang seperti yang berlaku semalam....apa yang aku rasakan waktu itu sangat2 asing dan aku takut melihat dia begitu...badanku menggigil....jantungku berdegup kencang ibarat aku yang menerima hayunan kakinya....aku tidak sanggup untuk memandang wajahnya...aku menangis dalam solat kerana tidak tahan apabila di mindaku terimbas2 hayunan kakinya itu...kusyukku hilang...
selesai solat aku terus menggantikan telekong dengan tudung dan terusku berlalu keluar dari surau...aku tidak sanggup berlama2 di dalam surau dengannya...bertentang mata dengannya membuatkan aku teringat perkara itu...membuatkan rasa takut ku bertambah2...mengapa dia begitu???
perbuatannya semalam membuatkan ada rasa benci dengannya...membuatkan aku bertambah takut untuk mengenali lelaki...membuatkan aku takut untuk bersuami...aku tidak suka dengan lelaki yang tidak mampu mengawal nafsu marahnya...apabila nafsu marah tiba semua ilmu agama yang dipelajari ibarat hilang mengghaibkan diri...!
ya Allah....ikhlaskah aku memaafkan perbuatannya semalam???jujurkah hatiku untuk melupakan apa yang berlaku semalam???
~buntu~
No comments:
Post a Comment