Wednesday, August 15, 2012

terakhir kali

Views

ooooooooopppppppppssssssss!!!

jangan salah faham ok.....saya sayang awak tiada kena mengena dengan apa yang aku hendak coretkan malam ini....sebenarnya malam ini malam terakhir imam tahfiz di masjid kampung ku menjalankan amanah yang diberikan kepadanya sepanjang ramadhan ini....

sedih....mungkin agak terkejut juga...namun apabila difikirkan kembali dia juga manusia biasa yang pasti merindui ibu ayah dan juga adik beradiknya...beberapa hari sahaja syawal bakal menjelma....di sebabkan itulah dia dengan sayunya menyatakan kepada para jemaah yang malam ini malam terakhir dia di masjid al-Hilal Pantai Puteri...

dari nada suaranya boleh ku simpulkan yang dia agak sayu untuk meninggalkan masjid itu....meninggalkan jemaah yang hampir sebulan dia kepalai sewaktu berterawih dan juga solat fardhu...dia menyatakan beribu kemaafan andai dia ada membuat kesalahan yang dia tidak sedar...dia juga memohon kemaafan andai bacaannya dalam solat tercepat mahupun terlambat....

jujurnya satu kehilangan bagi jemaah masjid andai seorang imam sepertinya meninggalkan masjid kami...walaupun usianya muda alhamdullillah dia mampu mengepalai jemaah masjid yang bagiku tidak semua lelaki sanggup memikul beban itu...pada dasarnya aku selesa apabila berjemaah di masjid berimamkan ust tahfiz tersebut (aku tidak tahu namanya).suaranya tidak terlalu garau dan juga tidak terlalu lantang....selesa bagi setiap lapisan pendengaran...

aku tidaklah begitu pandai untuk menilai bacaan bagi seorang tahfiz...namunku rasakan bacaannya baik dan juga jarang berlaku kekhilafan semasa dalam solat...mungkin juga aku tidak perasan andai berlaku kekhilafan namun sepanjang berimamkan dia tiada pula desas desus menyatakan bacaannya teruk dan sukar untuk di fahami....segalanya baik dan berjalan lancar....

saban malam suaranya mengalunkan bacaan2 al-Quran yang bagiku sangat menarik minat sesiapa untuk mendengarnya....menambah kekusyukan kita semasa beribadah....tadi dapatku rasakan kesayuan di hatinya dari bait2 bacaan yang ku rasakan sungguh sayu....sungguh menyentuh perasaan...selesai berterawih imam itu mengalunkan zikir2 yang saban malam dia alunkan...dan malam ini merupakan malam terakhir aku dan juga jemaah yang lain mendengar suaranya mengalunkan zikir2 tersebut dan juga bacaan2 al-Quran....

saban tahun berganti imam tahfiz...namun bagiku tahun ini sungguh membawa makna bagi....nak tahu mengapa???tahun ini baru ku rasakan terawihku membawa makna...baru ku rasakan keseronokan berterawih...mungkin sebelum2 ini aku jarang berterawih di tambah pula aku masih bergelar pelajar ipt...dan tahun ini sangat memberi kenangan manis bagiku....mendengar bait2 bacaan dari imam tahfiz yang juga menarik hatiku untuk ke masjid lagi dan lagi...

boleh dikatakan aku jatuh cinta jugalah dengan suaranya sewaktu mengalunkan kalimah2 Allah SWT...namun hanya di situ...jatuh cinta pada suara yang menimbulkan minatku untuk terus berterawih dan mengimarahkan masjid kampungku...

ya Allah....hanya sampai di sini pertemuan yang KAU catatkan untuk kami jemaah masjid al-Hilal...moga insyaallah bertemu lagi di waktu yang akan datang...semoga ilmu di dada yang sudah KAU pupukkan di hatinya kekal sepanjang hidupnya baik di dunia mahupun di akhirat kelak...tidak terbalas jasanya kepada kami para jemaah sewaktu dia menggalas tugas sebagai imam kepada kami....moga Kau peliharalah dirinya,keluarganya dan juga kaum kerabatnya sepanjang hidup mereka...amin ya ALLAH....

~imam muda~

No comments: