Saturday, August 25, 2012

Terbaik..!!

Views

syukur ke hadrat Illahi dengan limpahan rezeki yang diberikan kepada keluarga aku terutama kepada mak dan juga ayah....

aku langsung tidak menduga akan mendapat hadiah sebegini rupa dan sebegini mahal....aku langsung tidak pernah memasang impian untuk mempunyai gajet semahal ini dalam masa terdekat...yang terbayang di kepalaku untuk mendapatkan telefon mengikut kemampuanku sahaja....

syukur aku kepada ALLAH kerana mengurniakan aku ayah yang sangat menyayangi anak2...sebenarnya aku agak malu menerima hadiah sebegitu mahal dari ayah...sepatutnya aku yang memberikan ayah hadiah lebih2 lagi bulan ini merupakan bulan kelahiran ayah....namun sebaliknya pula yang berlaku....

aku langsung tidak pernah menyatakan kepada ayah yang aku mahu membeli telefon baru menggunakan duit ayah....kerana bagiku selagi mampu aku akan cuba berusaha untuk mendapatkannya sendiri...namun hati seorang ayah...tiada siapa tahu...mungkin mak ada "bergosip" dengan ayah tentang keinginanku itu....namun aku tidak pula beranggapan sehingga menjadi sebegini....tidak pula ku tahu yang ayah mahu membelikannya untuk ku...

apa yang mampu aku katakan aku sangat berterima kasih kepada ayah....jujurnya tanpa ayah aku memang tidak mampu memiliki gajet semahal itu...aku juga tidak mungkin memegang dan menjadikannya hak milikku hari ini....hanya mampu berangan-angan sahaja...namun atas kasih sayang ayah aku memilikinya kini...

dan jangan terkejut....bukan 1 yang ayah beli...namun 2 buah...!!yea...2 BUAH..!!!aku sendiri bagai tidak percaya...di tambah dengan keadaanku yang agak kurang sihat....perut yang menderu2 anginnya...bila dapat tahu sahaja yang ayah membeli dua serasa mahu pitam aku dibuatnya...bukan sedikit duit yang dikeluarkan....banyak...!!

apabila mendengarkan harganya terus aku mahu membatalkan niat....namun ayah mendesak...katanya tidak mengapa...kali ini rezekiku...namun aku agak keberatan juga...yalah...bukan duitku...ayah lebih berhak memakai gajet itu memandangkan itu duit ayah....namun ayah tidak kisah dan menyuruhku memakainya...katanya dia juga mahu melihat anak2nya memakai gajet yang terbaru....alahai ayah....sungguh mengundang air mata mendengar kata2 ayah tadi...

sekarang menunggu berakhirnya detik 8 jam...(charge fon...hehehe)esok pagi celik sahaja mata semestinya melihat gajet terbaruku....telefon lama tetapku sayang...kerana memiliki kenangan yang paling indah dalam hidupku....telefon lama masih aku gunakan semata2 tidak mahu kenangan bersama yang tersayang terkubur begitu sahaja...telefon itu merupakan sebahagian daripada cerita kami berdua...cerita dari mana bermulanya kisah kami...dan pengakhiran kisah kami....

~tiada yang lama tiada yang baru~

No comments: