Friday, August 10, 2012

ukhwah di rumah Allah

Views

malam ini aku berjemaah di masjid seperti biasa...dan rezekiku lagi masih bersebelahan dengan kakak itu....pertama kali aku dengar suaranya...rupanya dia orang terengganu...melalui cara dia bercakap aku dapat mengesannya namun kurang pasti sehinggalah aku bertanyakan kepada mak...

malam ini juga kelihatan tidak ramai jemaah....tidak kiralah jemaah lelaki mahupun jemaah wanita...lebih kurang 2 saf sahaja yang diisi dengan para jemaah...alhamdullillah...ada juga yang mahu mengimarahkan masjid dikala kepenatan hari bekerja...

yang seronoknya tatkala mahu bangun untuk solat isya kedengaran suara kanak2 lelaki...aku toleh ke belakang dan kelihatan seorang kanak2 lelaki yang berbaju merah belang putih sedang duduk berhampiran dengan ibunya....sangat comel wajahnya...bulat umpama bulan...^_^

keletahnya menarik perhatian jemaah yang lain untuk memandang ke wajahnya yang comel lagi montel itu...usai solat isya kami mendirikan pula solat sunat terawih sehinggalah ke akhirnya solat sunat witir....setiap kali mahu bangun untuk solat aku akan memusingkan badan ke belakang untuk melihat wajah si comel yang leka bermain cawan air mineral...

bagusnya tentang si kecik ini dia tidak mengganggu apabila para jemaah kusyuk dalam solat...si kecik itu tidak membuat bising tetapi leka bermain sendirian...kakak sebelahku juga leka melihatnya...kadang2 selepas melihat si kecik kakak itu memandangku....kami hanya berbalas senyuman...huhuhuhuhuhu~ dan buat pertama kalinya malam ini kakak itu bercakap denganku....serasa mahu tersenyum sepanjang menunaikan solat sunat witir....^_^

"rasanya malam ini imam "membawa" solat agak cepat kan???" itu katanya...aku yang agak terkejut namun sempat mengangguk dan menjawab "a'ah cepat.." hanya itu yang mampu keluar dari bibirku...yang lain tersekat di kerongkongku.....segan...!!!alahai....mengapalah aku terlebih teruja dengan kakak itu...mungkin kerana pertama kali kakak itu mahu berbual denganku...^_^

kemudian kami hanya diam sahaja....hajat di hati mahu bertanya nama dan umur...namun semua itu tidak terluah dan aku hanya mendiamkan diri sahaja....apalah aku ini...!!!malu mengalahkan kakak itu lelaki...dan demi untuk mengetahui tentang kakak itu aku bertanyakan kepada mak...menurut mak kakak itu mengajar di tadika jaim yang pernah adik masuki dulu...kakak itu juga memang bukan berasal dari melaka...dia orang terengganu dan berkahwin dengan orang melaka (orang kampungku)....owh....barulahku tahu...rupanya dia juga salah seorang dari guru jaim sama sepertiku....

insyaallah jika esok rezekiku bersebelahan dengannya lagi mahu juga aku berbual dengannya...saja mahu mengeratkan ukhwah....nama sahaja sekampung namun aku tidak mengenalinya...bahkan nama sahaja bekerja bawah 1 majikan yang sama tapi langsung tidak saling mengenali....buat malu kaum sahaja....hehehehehe ^_^

~hari baru cerita baru~

No comments: