Friday, May 31, 2013

DULU

Views


Suatu ketika dahulu aku pernah mesra dengan dirinya...sangat mesra...hubungan kami seperti kakak dan adik..segalanya kami kongsi bersama...suka...duka...pahit...manis...semuanya bersama...

sekarang ini???sukar untuk di luahkan...


"Tiada kegembiraan yg menyamai perjumpaan dengan sahabat & tiada kesedihan yg menyamai perpisahan dengannya...Semoga hubungan persahabatan yang kita bina dengan Bismillahirrahmanirrahim hanya akan disudahi dengan kalimah Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji'un"

Tuesday, May 28, 2013

Mahar

Views


1.Definisi mahar

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut
dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.
Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh
suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan )
1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar
di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan
diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai
hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’,
dapat dinilai dengan wang.

Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman
Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu
sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu
sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai
nikmat yang baik lagi lazat

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:
Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia
menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang
difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri.
Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri
serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga
merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.

Tuesday, May 21, 2013

mei suda...!

Views


Semakin dekat dekat dan dekat....kepala buat masa sekarang masih ringan dan masih boleh berfikir dengan cermat dan teratur...yang merisaukan aku apabila tarikh yang dinanti semakin dekat...pelbagai perkara perlu difikirkan...pelbagai benda perlu diselesaikan...apabila berada di dalam 1 kepala maka semuanya bakal berkecamuk...!

ya Allah...bile mengingatkan tarikh indahku membuatkan aku sedikit demi sedikit menjadi sayu...aku bakal menjadi seorang isteri...maka kuranglah beban ibu dan ayahku...maka telah selesailah sebahagian tugas2 mereka yang selama ini mereka jalankan dengan penuh sabar...

bila terbaca artikel tentang ayah mengingatkan aku tentang ayahku...aku seorang sahaja puterinya...aku seorang sahaja bunga di dalam taman larangannya..siapa pun bakal suamiku perlu melalui ayahku dahulu...ibarat mahu menjadi pelakon mesti di "skrin test" dahulu.. ^_^...begitu jugalah dengan en tunangku...ayah penuh berhati2 menimbang keinginanku untuk berumah tangga...barangkali hatinya bimbang aku dikecewakan...namun dia impikan kebahagian anak2nya...

Dia Ayah

Views


Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..