Thursday, March 7, 2013

bulan mac...!

Views


sudah memasuki bulan mac....aku kini ada 9 bulan sahaja lagi untuk mempersiapkan diri untuk en tunang...mempersiapkan diri menjadi isteri buat insan tersayang....untuk menjadi ibu kepada anak2 insan tersayang...kuatkan semangatku ya Allah...

setakat ini tidak banyak persiapan yang aku lakukan...rumahku kini dalam pembinaan untuk menambah bilik agar lebih selesa untuk seisi keluargaku selepas majlis pernikahanku kelak...aku juga kini sudah mula meninjau2 baju nikah...kedai2 kek untuk membuat tempahan kek khawin...barang2 hantaran...juru gambar perkhawinan...

setakat ini yang sudah selesai adalah menempah mak andam serta pelaminku dan kemungkinan hujung minggu ini aku dan en tunang bersama along dan kak jiha beserta mak akan ke butik andaman untuk mengambil ukuran baju...selain itu aku juga perlu memilih baju persalinan untuk majlisku nanti...dari apa yang aku tahu mak sudah menempah 7 pasang baju untukku dan 4 pasang baju untuk kak jiha...7 pasang baju itu merangkumi 1 pasang baju malam berinai...1 pasang baju sanding dan 5 pasang baju persalinan...hanya untuk mengambil gambar kenangan...

Friday, March 1, 2013

150 juta kali syg awk...!

Views

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya