Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
malam ini baru dapat update tentang hari rayaku....ooopppssss....sebelum itu achik ct @ cibob ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada kata2 kami yang menyinggung perasaan mana2 pihak....kami juga memohon seribu kemaafan andai ada yang kurang selesa bila kami tersyok sendiri di blog kami ini...hahahahaha...suka hati akulah....^_^
comelkan.....apalah agaknya reaksi orang yang kena kalau betul2 ada yang buat seperti gambar di atas ini....kalau kena padaku pastinya kau terdiam dan terkebil2 mataku....ibarat orang yang dipukau dan tercengang....hahahahaha~
HARTAnya, KEDUDUKANnya, KECANTIKANnya dan AGAMAnya.
Oleh itu, pilihlah wanita yang beragama nescaya kamu akan mendapat untung. ♥~
Jika tiada AGAMA dlm dirinya, diri KAMU juga akan mendapat dosa di akhirat nanti..Carilah bakal ISTERI yg cantik & berperibadian mulia di mata ALLAH..:')
isyh2 gambar anak siapalah agaknya kat atas tu...hehehehe ^_^...salam lebaran...hari ini baru berkesempatan untuk mengupload gambar2 raya...tidaklah banyak dan tidaklah secantik mana...setakat yang termampu untuk di ambil...
gambar2 ini pun setakat malam raya sahaja...selain dari itu tidakku berkesempatan...dan yang penting aku agak penat beraya sehingga tidak mampu untuk mengambil gambar....kepenatan akibat kekenyangan... (erk...0_O)
kemaafan???aku insan biasa yang selalu melakukan kesalahan....bukan kau seorang sahaja yang sering melakukan kesilapan...namun bagiku kau tidakperlu memohon maaf padaku....cukup sekadar kau memaafkan dirimu sahaja....
salam lebaran buat semua blogger dan juga kepada semua pembaca....moga kita berjumpa lagi pada ramadhan yang akan datang....
dengan kedatangan bulan syawal ini akan mengeratkan lagi tali silaturrahim kita sesama muslim....insyaallah....selamat hari raya aidil fitri...maaf zahir dan batin...^_^
wah........banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum menjelangnya 1 syawal.....semua kerja2 itu perlu dibereskan oleh AKU memandangkan aku seorang sahaja anak perempuan....along???adik???janganlah diharapkan dengan mereka berdua itu...untuk seketika bolehlah....~_~
dalam keseronok aku dan keluarga masih ada rupanya saudaraku yang dalam kesedihan dan kesusahan...ya Allah begitu besar dugaannya di bulan mulia ini....sangat tidak kami duga dan juga bukan perancangan bagi dia untuk menempuh dugaan sebegitu...
semasa aku sedang bersiap2 mahu ke masjid semalam aku terdengar 2 khabar berita dari mak...1 khabar baik dan 1 lagi khabar yang kurang baik....
errrkkkk.....sekejap lagi mahu ke sekolah....ikhlaskan hati wahai manusia....jangan di sebabkan satu perkara hatimu menjadi tidak ikhlas untuk ke tempat kerja.....
biarlah apa jua yang berlaku nanti dihadapi dengan tenang....hari inikan hari terakhir kau bekerja....lepas itu cuti seminggu....boleh berehat dan menenangkan mana2 yang kusut dan bolehlah mencari keceriaan yang hilang....
hari ini di lalui dengan seribu rasa yang bercampur aduk....sekejap mahu rasa menangis dan sekejap lagi mahu marah....untuk 2 hari ini sungguh menuntut kesabaran yang teramat sangat terhadapmu wahai ustaz...!!!
Suatu hari, seorang ayah balik dari kerjanya. Hari yang ke-29 Ramadhan. Ayah seorang penarik beca. Cepat-cepat dia membuka sepatunya apabila melihat raut wajah anaknya di pintu. Senyuman terukir di bibir anaknya.
Anaknya yang berusia 8 tahun siap sedia menanti di pintu. Itulah rutin anak perempuannya yang seorang itu. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.
masih ingat tentang cerita sahabat baikku???entah mengapa lain benar mesej yang di hantar hari ini...kata2nya sedih...menggambarkan rasa hati yang sayu....aku faham...jarang sekali dia mahu berkata2 begitu melainkan dia benar2 dalam keadaan sedih dan pilu....
alhamdullillah....pagi yang penuh keberkatan....pagi Jumaat yang indah....aku memang mendambakan ketenangan yang jarang sekali bertandang di hatiku ini....dan kini aku rasakan ianya semakin hampir dan ku harap rasa ketenangan itu kekal bersamaku....insyaallah...
bukan niatku untuk menunjukkan kesalahan sesiapa namun setiap apa yang telah terjadi ku harap menjadi iktibar bagiku....tidak semua orang mampu menerima teguran dengan berlapang dada....ada sesetengahnya menganggap teguran itu merupakan satu sindiran buat mereka...namun jujurnya aku tiada niat buruk padanya waktu aku menasihatinya....
apa yang boleh ku simpulkan dia bukanlah jenis yang boleh dinasihati oleh orang yang lebih muda daripadanya...lebih2 lagi orang sepertiku yang suka melihat dan memberi komen...maaflah tujuanku hanya satu...membetulkan apa yang tidak betul...bukankah itu tujuan kita menjadi seorang pengajar???untuk memperbetulkan apa yang tidak betul pada anak2 bangsa dan memperelok serta memperindahkan Islam di mata dunia???
terpulanglah kepadanya untuk menilai baik buruk diriku...kerana bagiku Allah tidak berat sebelah pada setiap umatnya...yang salah mungkin datang dari diriku....dari tutur kataku...tapi itu sahaja yang termampu aku katakan dengan mudah agar dia tahu di mana silapnya dan ku berharap dia menerima dengan berlapang dada suatu hari nanti...
kemaafan telah ku pohon darinya namun tiada jawapan yang ku terima...entahlah...mungkin dia masih berkecil hati dengan kata2ku...dari raut wajahnya sahaja sudah ku temui jawapan yang aku perlukan...memang dia belum boleh menerima kata2ku....mana tidaknya...bertembung muka denganku pun sudah tidak mahu inikan pula mahu berbicara...jauh sekali....
namun setiap apa yang ku dengar dan setiap apa yang ku tahu mengenainya tentang diriku sedikit sebanyak mengguris hati kecilku....biarlah apa yang dikatanya tersimpan kemas jauh di lubuk hati...andai itu yang terbaik aku rela mendiamkan diri....tiada apa lagi yang hendakku kongsikan dengannya...aku tidak tahu ikhlaskah dia berkawan denganku selama ini....
apa pun yang terjadi hidup tetap perlu di teruskan dan aku berharap damai ini berterusan...tidak perlu bagiku cuba "memujuknya" jika hatinya memang sekeras kerikil....biarlah dia dengan egonya dan aku dengan diriku....lebih elok dan menenangkan hati....
~"Don't focus on what you've missed, focus on what you can still catch." (Shaykh Faraz Rabbani)~
malam ini aku berjemaah di masjid seperti biasa...dan rezekiku lagi masih bersebelahan dengan kakak itu....pertama kali aku dengar suaranya...rupanya dia orang terengganu...melalui cara dia bercakap aku dapat mengesannya namun kurang pasti sehinggalah aku bertanyakan kepada mak...
malam ini juga kelihatan tidak ramai jemaah....tidak kiralah jemaah lelaki mahupun jemaah wanita...lebih kurang 2 saf sahaja yang diisi dengan para jemaah...alhamdullillah...ada juga yang mahu mengimarahkan masjid dikala kepenatan hari bekerja...
10 malam terakhir ramadhan...Alhamdullillah....tinggal lebih kurang 10 malam sahaja lagi untuk ramadhan ini...sekejap sahaja masa berlalu....serasa baru lagi aku berpuasa...pantas masa berlalu....
aku lihat en miau update statusnya di mukabuku tentang 10 malam terakhir ramadhan ini....malam yang sangat di nanti seluruh umat islam...malam seribu bulan...Lailatul qadar...jadi aku berhajat untuk berkongsi ilmu dari mukabuku en miau ke blogku...ku harap en miau menghalalkannya...^_^
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar
::surah al-Qadr::
Aisyah r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya,
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa melakukan iktikaf pada sepuluh yang terakhir di bulan Ramadan sehingga ALLAH mewafatkan baginda.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya
“Sesiapa solat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada ALLAH), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya
Dari Ibnu Umar r.a. : bahawasanya beberapa orang sahabat Nabi s.a.w melihat Lailatul Qadr dalam mimpi pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: "Diperlihatkan kepadaku kebenaran mimpi kalian, iaitu telah sesuai pada tujuh hari terakhir. Oleh karena itu, barangsiapa yang akan mencari malam tersebut, carilah pada tujuh hari malam terakhir." (Hadith Riwayat Sahih Bukhari dan Muslim)
alhamdullillah....setakat ini sahaja yang dapat di kongsi dari mukabuku en miau....moga2 10 malam terakhir ini membawa keberkatan kepada kita....gunakan sebaik mungkin 10 malam terakhir ini....
kehidupan kita sangat indah...setiap hari merupakan satu hari yang baru dan sangat indah untuk diterokai...begitu juga dengan hariku....setiap hari aku melakar satu kenangan indah dalam diari kehidupanku di muka bumi Allah ini...
setiap saat yang dilalui jangan di bazirkan dengan satu perkara yang tidak berfaedah...jadikan setiap saat itu indah walaupun tidaklah seindah yang diingini....janji Allah sentiasa ada...Dia sentiasa di sisi kita sama ada kita gembira mahupun sedih...tatkala diri rasa diperlekehkan ingatlah Dia sentiasa ada...
untuk hiburan pagi ini apa kata kita layan vlog Aiman Azlan tentang "How To Make 70 Excuses For Other People"...jangan berfikiran negatif selalu yea ^_^ peace...!scroll please....
jangan mengeluh andai di datangi seribu ujian....malah bersyukurlah....itu tandanya Allah sayangkan kita....setiap ujian yang Allah berikan merupakan salah satu tanda bahawa Allah sangat mengambil berat tentang diri kita sehingga Allah tidak mahu kita leka dari mengetahui bahawa Dia masih di sisi kita...