Wednesday, June 19, 2013

Jun mari...!

Views


Pertengahan jun sudah...ya Allah semakin hari semakin hampir...seperti biasa aku masih belum membuat persediaan yang complete...hanya baru di peringkat permulaan...sekadar pengenalan  sahaja...hehehehe...memandangkan tidak lama lagi ramadhan bakal tiba jadi aku tidaklah mahu tergesa2 sangat untuk membuat persediaan...bagiku selepas ramadhan dan syawal adalah masa yang sesuai untuk menyediakan semua peralatan yang perlu untuk majlisku itu...

seperti di entry2 yang lepas aku ada nyatakan bahawa perkara2 penting seperti mak andam...juru gambar dan penyewa khemah telah aku booking awal memandangkan aku bakal bernikah di waktu cuti sekolah...dan sudah menjadi kebiasaannya bakal pengantin akan memilih tarikh cuti2 sekolah bagi memudahkan saudara mara turut serta dalam majlis yang bermakna dalam hidup mereka...begitu juga dengan aku dan en tunang...dan sudah semestinya pada hari2 itulah bakal penuh jadual bagi mak andam dan juga penyewa khemah...sebagai penyelesaian aku booking awal2...hehehe...siapa cepat dia dapat...!

bagi pihak en tunang pula setakat ini urusan pelamin...baju pengantin dan juru mekap sudah selesai...akhirnya...!!!hehehe....bukan apa...banyak dugaan terpaksa kami lalui semata2 mahu menyelesaikan hal2 seperti ini yang memerlukan pengorbanan masa kedua belah pihak...untuk belah keluarga ku kami memilih tema merah putih dan di pihak en tunang kami memilih warna emas...insyaAllah pernikahan kami akan diserikan dengan warna2 ceria... ^_^..begitulah hendaknya..

selain itu aku dan en tunang banyaklah berjalan melihat barang2 khawin...contohnya seperti di bawah ini...

Thursday, June 13, 2013

Konsep Perkhawinan

Views


PERKAHWINAN adalah satu amalan disyariatkan Allah kepada hamba-Nya malah hikmah sesebuah perkahwinan sangat besar.

Selain menunaikan perintah Allah dan mengikut sunnah Rasulullah, ia saluran yang sah dan suci untuk mengembangkan zuriat keturunan.

Ada beberapa saranan yang boleh diberi perhatian agar majlis berlangsung dengan jayanya, antaranya:-

1. Amalan syura atau mesyuarat bukan saja diamalkan dalam urusan kemasyarakatan semata-mata. Sebaliknya amalan ini amat baik jika dipraktikkan dalam kehidupan berkeluarga.

2. Ia boleh dilakukan dalam proses merancang sebuah perkahwinan bermula daripada pasangan menyatakan keinginan berkahwin kepada ibu bapa, adat merisik, meminang sehinggalah penentuan majlis akad dan kenduri kahwin.

3. Pasangan pengantin mestilah sekufu atau sepadan. Ia boleh diterjemahkan sama ada dari segi keturunan, bangsa, kekayaan, umur, kecerdikan atau maksud yang lebih luas lagi sesuai dengan perubahan dan keperluan semasa.

4. Dalam mengatur dan merancang perkahwinan anak-anak, ibu bapa mestilah memberi perhatian kepada faktor ini. Sering berlaku perselisihan antara ibu bapa dengan anak-anak kerana pilihan ibu bapa tidak seiring dengan pilihan anak-anak.

Wednesday, June 12, 2013

Sampai Syurga

Views


"Setiap isteri yang dapat masuk syurga… Dia akan dilantik menjadi KETUA BIDADARI... Bayangkan kecantikan bidadari yang tiada tandingan... Apatah lagi kecantikan KETUA BIDADARI… Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi…" :)

Syurga Menanti Bagi Isteri Yang Mentaati Suami & Ikut Perintah Allah…Insyallah :)

Sunday, June 9, 2013

Sepasang Kurung Merah

Views


Hari ini sepasang kurung merah banyak memberiku erti kasih sayang...erti kehidupan...erti pengorbanan...saya sayang awak...even awak tidak perfect di mata orang lain tapi di mata saya awak lengkap segalanya...cukup untuk kehidupan rumahtangga kita kelak..

lihat peluh di dahi awak membuatkan saya sedih dengan perangai saya...saya sedih dengan cara saya...saya masih mempunyai kekurangan yang perlu dibetulkan sebelum kita berkhawin...harap awak sanggup menegur saya untuk memperbetulkan diri saya...

hari ini....untuk mendapatkan sepasang baju kurung sangat membuatku kenal erti siapa diriku...insyaAllah aku akan berubah ke arah kebaikan bersama dirinya...ya Allah debar di hati semakin menggunung...hanya Allah sahaja yang tahu...

~detikdemidetik~

Thursday, June 6, 2013

Israk Mikraj

Views


Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).