Tuesday, May 21, 2013

mei suda...!

Views


Semakin dekat dekat dan dekat....kepala buat masa sekarang masih ringan dan masih boleh berfikir dengan cermat dan teratur...yang merisaukan aku apabila tarikh yang dinanti semakin dekat...pelbagai perkara perlu difikirkan...pelbagai benda perlu diselesaikan...apabila berada di dalam 1 kepala maka semuanya bakal berkecamuk...!

ya Allah...bile mengingatkan tarikh indahku membuatkan aku sedikit demi sedikit menjadi sayu...aku bakal menjadi seorang isteri...maka kuranglah beban ibu dan ayahku...maka telah selesailah sebahagian tugas2 mereka yang selama ini mereka jalankan dengan penuh sabar...

bila terbaca artikel tentang ayah mengingatkan aku tentang ayahku...aku seorang sahaja puterinya...aku seorang sahaja bunga di dalam taman larangannya..siapa pun bakal suamiku perlu melalui ayahku dahulu...ibarat mahu menjadi pelakon mesti di "skrin test" dahulu.. ^_^...begitu jugalah dengan en tunangku...ayah penuh berhati2 menimbang keinginanku untuk berumah tangga...barangkali hatinya bimbang aku dikecewakan...namun dia impikan kebahagian anak2nya...

ibarat kata orang2 lama" mahu menjaga seorang anak perempuan bukan mudah.." mungkin begitu yang dirasai oleh mak dan juga ayah...mahu membesarkan aku sebagai seorang anak yang kini bakal menjadi suri hati seorang lelaki bukan mudah...pelbagai dugaan perlu ditempuh...tangisan gelak ketawa menjadi asam garam kehidupan kami sekeluarga..

hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa kedua ibu bapaku..aku hanya mampu memberikan yang terbaik untuk mereka...tapi semestinya tidak seperfect jasa mak dan ayah kepadaku...^_^....moga mak dan ayah diberi kesihatan yang sangat baik untuk merasai kebahagiaan dari anak2 kepada mereka pula...

~tiapharisayang~

No comments: