Friday, February 15, 2013

10022013

Views
alhamdullillah....selesai sudah bab pertunangan...kini sebahagian dari perjalanan pernikahan ku telah selesai...hanya tinggal separuh perjalanan saja lagi...lebih kurang 10 bulan lagi muncul pula tarikh nikahku...

sepanjang majlis ini aku sangat teruja dan berdebar2 ibarat mahu bernikah pula...hahahaha...yang comelnya aku langsung tidak mahu menyentuh kunyit atau apa sahaja yang akan meninggalkan warna di tangan...semata2 mahukan warna kulitku sendiri...malulah kalau ada warna kuning di tangankan...

segala2nya berjalan lancar...tiada cacat celanya...semasa majlis berlangsung en tunang tidak hadir...saja mahu merahsiakan wajah tunangku dari kaum keluarga...hehehe..walau apa pun sebahagian dari ibu2 dan ayah2 sedaraku sudah mengenali en tunang...

jomlah kita layan gambar...

inilah bakal ibu mertuaku...^_^

Saturday, February 9, 2013

love u

Views


malam ini mahu layan jiwang...lagu ini untuk en Barnie yang tersayang....ehem...dear...dengar yea...ala2 saye nyanyi jugalah...cume berbeza tone suara je...hehehe

sayang awak....!

Friday, February 8, 2013

TMO e-Day

Views


waduh2....hari ini terasa letih 1 badan....mengemas rumah...mengemas bilik...angkat karpet....sapu kipas...satu rumah....susun itu...susun ini...semuanya untuk melancarkan perjalanan majlis pertunanganku....sebelum terjadinya majlis aku mahu mengambil kenangan sebelum majlis....ala2 the making of gitu....

tmo e-day aku dimulakan dengan pemasangan khemah....khemah dipasang pada hari khamis bersamaan 7 feb 2013 pada belah petang...waktu itu aku sendiri sedang lena di bilik yang tetiba sahaja dikejutkan dengan bunyi bising...rupa2nya anak kepada owner khemah datang mahu memasangkan khemah majlisku...




tiga di atas sebelum khemah siap didirikan lagi...waktu ini ziyad baru sahaj bangun dari tidur dan aku mengemaskan ziyad...memakaikan baju dan membedakkan si comel yang semakin bulat itu...^_^

petua

Views


63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga. 
(bagi pasangan yg bakal2 cubalah baca & fahamkan)
oleh: Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.

doa

Views
“Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan ape adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang ‘Halim’. ‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal. Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik…”— Imam Al-Ghazali 

Berdoalah agar jodoh kita adalah seseorang yang dapat menyempurnakan kita.Walaupun berbeza,perbezaan itu adalah untuk melengkapkan kita & dia..

Thursday, February 7, 2013

ikat tie

Views
alahai...tiada kerja jom cari kerja....jom belajar ikat tie untuk en suami masing2...aku???insyaallah untuk en Barnie...pergh...berbelit2 jugak ikat tie ini...ingatkan senang....
chayok chayok chayok!!

Wednesday, February 6, 2013

counting de day

Views

wahhhh....sudah lama rasanya aku tidak menulis...agak "sibuk" sejak kebelakangan ini....sibuk memikirkan hal2 negaralah katakan....tidak lama lagikan pilihan raya....aku pun turut  sekali bertanding dalam peringkat DUN (don't) hahahaha....aptb...

jom mulakan cerita dengan seksa aku & en Barnie tersayang...
hendak di jadikan cerita minggu lepas merupakan minggu aku & en Barnie keluar untuk mencari barang2 hantaran yang masih belum mencukupi seperti baju kurung (utk aku) kemeja (en Barnie) cincin tunang dan butang tudung aku...jadi di sebabkan itu maka pada hari Sabtu bersamaan dengan 02.02.2013 iaitu Sabtu jam 2.30 petang kami pon keluarlah dari rumah ku menuju ke Melaka....

tempat pertama yang kamu tujui adalah kedai cincin....sudah semestinya mahu mencari cincin pertunangan kami....errrkkk...harap maaf...gambar cincin dan semua yang kami lakukan sepanjang hari itu langsung tidak di rakam mahupun direkodkan..hanya gambar donut di bawah ini sahaja....hehehe
|
|
|
|
V