Wednesday, July 10, 2013

Kongsi Ilmu

Views


KHUTBAH RASULULLAH MENJELANG AKHIR SYA'BAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
”Wahai manusia, sunguh telah dekat kepadamu bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkahan, yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik (nilainya) dari seribu bulan, bulan yang mana Allah tetapkan puasa di siang harinya sebagai fardhu, dan shalat (tarawih) di malamnya sebagai sunah. Barang siapa mendekatkan diri kepada Allah di bulan ini dengan satu kebaikan (amalan sunnah), maka pahalanya seperti dia melakukan amalan fardhu di bulan-bulan yang lain.

Barangsiapa melakukan amalan fardhu di bulan ini, maka pahalanya seperti telah melakukan 70 amalan fardhu di bulan lainnya. Inilah bulan kesabaran dan balasan atas kesabaran adalah surga, bulan ini merupakan bulan kedermawanan dan simpati (satu rasa) terhadap sesama. Dan bulan dimana rizki orang-orang yang beriman ditambah. Barang siapa memberi makan (untuk berbuka) orang yang berpuasa maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan dia mendapatkan pahala yang sama sebagaimana yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa.

Ramadhan 2013

Views


alhamdullillah bertemu jua dengan ramadhan 2013...penuh bermakna dan juga penuh istimewa bersama insan2 tersayang...walaupun ramadhan tahun ini sama seperti tahun2 yang lepas namun yang membezakan ramadhan tahun ini aku menjadi tunangan orang...aku juga dalam proses mengemas kini diri untuk berumah tangga dan aku kini lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga...bukan sekadar untuk menyambut ramadhan sahaja...bahkan setiap hari yang aku lalui...

joooom mulakan adventure sebelum ramadhan 2013 muncul.... ^_^

2 minggu yang lepas aku dan keluarga sibuk menghadiri pameran pengantin...bukan mahu mencari andaman...tapi mencari kedai kad khawin...huhuhu..alhamdullillah semua urusan di permudahkan Illahi...kad bagi pihak diriku..bakal kak iparku dan juga tunanganku juga selesai sekali gus...tanpa melibatkan bajet yang banyak...semuanya ala kadar dan mampu milik...hehehehe


 


Tuesday, July 2, 2013

6 asas rumahtangga bahagia

Views


Asas 1

Menurut Siti Nor Bahyah, setiap pasangan yang berkahwin harus menetapkan matlamat mereka iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hanya iman dan takwa boleh membawa pasangan ke syurga untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi. Uji diri adakah kita telah menjalani tanggung jawab sebagai Muslim. Keluar rumah menuju ke pejabat apakah niatnya?

Bagi isteri, jangan salah guna keizinan bekerja yang suami telah beri. Elakkan makan berdua dengan lelaki bukan muhrim begitu juga dengan lelaki. Masing-masing perlu perkukuh iman dan kepercayaan yang telah diberikan, barulah rumah tangga ada asasnya.

Menurutnya, tip dari nabi SAW untuk menjaga kesetiaan ialah jangan sesekali suami atau isteri mendengar rintihan dari rakan yang berlainan jantina dari mereka.

"Ujian datang dalam bentuk kesenangan dan juga kesusahan, jadi kalau iman kita lemah kita pasti akan kalah, untuk menguatkan iman di pejabat, pastikan kita berjemaah di surau pejabat dan isi masa dengan membaca al-Quran," tambah Wan Akashah pula.

Asas 2