Thursday, April 11, 2013

its april...!

Views


sudah lama rasanya aku tidak update ruang coretanku ini....waaaaahhhh!!!!!sangat merinduimu...huhuhu...erm...mahu berkongsi cerita dari mana dahulu agaknya kan....banyak sangat cerita yang ingin aku tuliskan...namun bukan semua mampu aku lampirkan dalam 1 coretan ini...

ada beberapa perubahan dalam kehidupan aku kini...namun perubahan besar masih lagi kekal...aku masih lagi tunangan en tunang tersayang dan semestinya masih lagi tinggal dengan mak ayah aku dan juga masih lagi sayang keluargaku..hehehe...

oklah...aku berterus terang sahaja...aku kini bukan lagi seorang pengajar namun kini bergelar kerani sahaja...aku kini bekerja di sebuah syarikat di melaka...kerjanya sedikit sebanyak sama seperti aku mengajar dahulu...bezanya aku tidak bertemu dengan anak2 comel lagi...dan semestinya aku agak keseorangan kerana hanya aku seorang sahaja kerani wanita di situ...waaarrrgggghhhhh!!!!

seterusnya rumahku kini sudah BESAR....!!!!jujurnya aku agak teruja dengan perubahan rumahku kini...dahulunya ada 2 bilik sahaja...sekarang mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik mandi...itu semua perancangan untuk menambah ahli keluargaku hujung tahun ini....setakat ini kaki agak lenguh kerana rumah sudah besar...jadi perjalanan yang dulunya singkat menjadi panjang pula kini...

persiapan perkhawinanku masih lagi dalam proses pencarian dan pembikinan...cheeeeeeeeewaaaaahh...!setakat ini untuk andaman dan juru gambar belah keluargaku telah aku tempah...tarikh juga telah aku booking awal2 bagi mengelak kesulitan...baju sanding dan malam berinai juga telah aku cuba...untuk persalinan belum lagi..tunggu bulan 8 nanti...kad khawin telah ditempah oleh bakal kak iparku...barang2 untuk khawin juga belum tersedia...mungkin sebelum raya aku akan cuba sediakan semampu yang boleh...memandangkan ada lebih kurang 7 bulan sahaja lagi aku tidak mahu tergopoh sangat...cool & steady...

honeymoon???itu adalah rahsia kerajaan...hahaha...FAIL SULIT...!

setakat ini ada perancangan yang mengikut jadual dan ada yang tidak mengikut jadual...apa pun aku harap segalanya berjalan dengan lancar tanpa perlu menghadapi masalah yang besar...sejujurnya aku sangat cuak...sekelip mata tinggal 7 bulan sahaja lagi....ya ALLLAH sekejap sahaja masa berlalu...

bilik aku kini kosong ibarat bilik bangla...ini semua kerana aku malas mahu mengalih barang lagi...aku hanya akan reload dengan perabut untuk perkhawinanku nanti...jadi untuk sementara waktu ini merasalah aku bilik bangla ala2 master room gitu...hehehe...

STALKER.....!!!aku benci betul dengan orang yang suka sangat stalker mukabuku aku ataupun tunangan aku...sudah tiada kerja lain ke??? =.= sakitkan mata aku sahaja....jangan masuk campur hal aku lagi....PLEASE GO AWAY......!!!!!kalau kau sudah buang aku buat apa mahu sibuk mengambil tahu tentang kehidupan aku???!jangan timbulkan lagi kebenciaan aku padamu...cukup...!

ok cukup sampai sini sahaja...si stalker penyemak telah mematikan mood menaip aku...BENCI...!

~esokjumaat~

No comments: