Thursday, June 13, 2013

Konsep Perkhawinan

Views


PERKAHWINAN adalah satu amalan disyariatkan Allah kepada hamba-Nya malah hikmah sesebuah perkahwinan sangat besar.

Selain menunaikan perintah Allah dan mengikut sunnah Rasulullah, ia saluran yang sah dan suci untuk mengembangkan zuriat keturunan.

Ada beberapa saranan yang boleh diberi perhatian agar majlis berlangsung dengan jayanya, antaranya:-

1. Amalan syura atau mesyuarat bukan saja diamalkan dalam urusan kemasyarakatan semata-mata. Sebaliknya amalan ini amat baik jika dipraktikkan dalam kehidupan berkeluarga.

2. Ia boleh dilakukan dalam proses merancang sebuah perkahwinan bermula daripada pasangan menyatakan keinginan berkahwin kepada ibu bapa, adat merisik, meminang sehinggalah penentuan majlis akad dan kenduri kahwin.

3. Pasangan pengantin mestilah sekufu atau sepadan. Ia boleh diterjemahkan sama ada dari segi keturunan, bangsa, kekayaan, umur, kecerdikan atau maksud yang lebih luas lagi sesuai dengan perubahan dan keperluan semasa.

4. Dalam mengatur dan merancang perkahwinan anak-anak, ibu bapa mestilah memberi perhatian kepada faktor ini. Sering berlaku perselisihan antara ibu bapa dengan anak-anak kerana pilihan ibu bapa tidak seiring dengan pilihan anak-anak.

5. Dalam sebarang keputusan, persetujuan bersama adalah mustahak. Begitu juga dalam perkahwinan selain persetujuan daripada wali pengantin perempuan, Islam juga melihat keperluan dan kepentingan kesediaan kedua-dua bakal pengantin untuk berkahwin.

6. Perkahwinan tanpa kerelaan dan kehendak pasangan akan menyebabkan masalah di kemudian hari. Justeru, persetujuan bukanlah lahir daripada mulut semata-mata tetapi dari hati untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

7. Pasangan pengantin perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu perkahwinan (munakahat).

8. Langkah pihak berkuasa agama mewajibkan kursus perkahwinan kepada bakal pengantin sesuatu yang perlu. Sebaliknya, ia memberi pendedahan kepada bakal pengantin berhubung alam rumah tangga.

9. Sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada masalah dan menerusi perkahwinan, mungkin ada masalah tetapi carilah jalan penyelesaian (sulh).

10. Apabila masalah timbul yang berkaitan nikah kahwin, ibu bapa, pasangan pengantin atau suami isteri perlu merujuk kepada orang yang berhak iaitu ahli keluarga yang dipercayai, golongan agama atau lantik orang tengah daripada keluarga lelaki dan perempuan.

No comments: