Wednesday, June 19, 2013

Jun mari...!

Views


Pertengahan jun sudah...ya Allah semakin hari semakin hampir...seperti biasa aku masih belum membuat persediaan yang complete...hanya baru di peringkat permulaan...sekadar pengenalan  sahaja...hehehehe...memandangkan tidak lama lagi ramadhan bakal tiba jadi aku tidaklah mahu tergesa2 sangat untuk membuat persediaan...bagiku selepas ramadhan dan syawal adalah masa yang sesuai untuk menyediakan semua peralatan yang perlu untuk majlisku itu...

seperti di entry2 yang lepas aku ada nyatakan bahawa perkara2 penting seperti mak andam...juru gambar dan penyewa khemah telah aku booking awal memandangkan aku bakal bernikah di waktu cuti sekolah...dan sudah menjadi kebiasaannya bakal pengantin akan memilih tarikh cuti2 sekolah bagi memudahkan saudara mara turut serta dalam majlis yang bermakna dalam hidup mereka...begitu juga dengan aku dan en tunang...dan sudah semestinya pada hari2 itulah bakal penuh jadual bagi mak andam dan juga penyewa khemah...sebagai penyelesaian aku booking awal2...hehehe...siapa cepat dia dapat...!

bagi pihak en tunang pula setakat ini urusan pelamin...baju pengantin dan juru mekap sudah selesai...akhirnya...!!!hehehe....bukan apa...banyak dugaan terpaksa kami lalui semata2 mahu menyelesaikan hal2 seperti ini yang memerlukan pengorbanan masa kedua belah pihak...untuk belah keluarga ku kami memilih tema merah putih dan di pihak en tunang kami memilih warna emas...insyaAllah pernikahan kami akan diserikan dengan warna2 ceria... ^_^..begitulah hendaknya..

selain itu aku dan en tunang banyaklah berjalan melihat barang2 khawin...contohnya seperti di bawah ini...


inilah contoh beg berkat yang aku mahu cari...yang pastinya bukan berwarna gelap seperti ini...aku mahu cari warna yang ceria sedikit..barulah happening... ^_^ 


ooooppppppssss....!!!maaf2 model tidak berbayar...hahahahaha...en tunang menggayakan watak mak...a.k.a mak mertuanya...adoi....langsung tidak sama....mak saya lagi comel dan semestinya pandai menggayakan wajah garang ala gangsternya...huhuhu 


niat di hati mahu membuat hantaran bertemakan bakul...sebab macam sudah jadi trend hantaran dalam bentuk bakul sekarang ini...jadi sedikit sebanyak aku pon sama terpengaruh...(mentang2 nak khawin...huhuhu)


dalam mencari2 ternampaklah bunga manggar yang sangat cantik dan meriah ini...sangat cantik...warnanya sangat ceria...sehingga terbayang2 di dalam kepala waktu majlis di rumahku nanti...hehehehe....berangan...!

bercakap soal hantaran aku adalah juga mencari2 contoh hantaran yang mahu aku jadikan rujukan nanti...tapi tidak tahulah aku mampu merekanya menjadi cantik ataupun sebaliknya...yelah...tangan tak berseni kata mak...huhuhu...


gubahan seperti ini nampak simple tadi cantik...itu yang aku mahukan...aku tidak mahu hantaran yang terlampau sarat...rimas mataku memandangnya..



gambar dua di atas itu aku sangat minat...sebabnya cara hantaran itu digubah sangat kemas dan juga simple..namun mungkin memerlukan bajet yang banyak memandangkan memerlukan banyak polistren dan juga banyak bunga...alahai...pandai komen saja.. ^_^


yang ini pula memang cantik...boleh dibuat sendiri...namun agak rumit memandangkan tangan aku tidak berseni dan sudah semestinya aku akan pening2 lalat sewaktu membuatnya nanti... *_*


ini pula hantaran berkotak...alahai...cantik memang cantik...lagi cantik duitnya...hehehe


yang terakhir hantaran seperti ini memang murah...(agaklah... ~_~)tidak memerlukan bajet yang tinggi..berkemungkinan aku akan membuat seperti ini sahaja...huhuhuhu....tapi macam tidak berseri pula hantaranku nanti....alahai....!!!!bab hantaran pun sudah pening..harap2 segalanya selesai dengan baik...moga di permudahkan...

jalan terakhir sekiranya tidak tahu mahu membuat hantaran adalah membeli hantaran "ready made"...hahahahaha....itu adalah idea yang sangat bernas lagi terpuji...huhuhu...sekiranya bajet mencukupi...aku tidak tahulah mampu atau tidak aku menyiapkan hantaranku sendiri nanti memandangkan aku sebagai pengantin juga perlu membantu mak mengemaskini rumah...dapat juga menolong meringankan beban mak dan ayah menjelang majlis pernikahanku...

memanglah ada saudara mara...namun tidak semua benda boleh aku serahkan begitu sahaja pada saudara mara...setidaknya aku perlu juga bertanggungjawab untuk sesetengah perkara..barulah semua perkara berjalan dengan lancar tanpa memerlukan mak dan ayah berfikir panjang...sambil itu meringankan fikiran mereka yang sudah semestinya runsing selagi belum selesai majlis pernikahanku dan juga along....moga2 majlis ini berjalan lancar dan mendapat berkat semua pihak..
~amin~

*dubdabdubdab*


No comments: