Wednesday, October 3, 2012

menjadi ibu

Views

untuk beberapa hari ini aku rasakan diriku seumpama seorang ibu yang terkejar2 ke sana ke sini untuk menguruskan anaknya yang mahu menduduki peperiksaan...jujurnya barulah kini aku faham isi hati seorang ibu ketika anaknya menghadapi peperiksaan...

apa yang boleh aku katakan ianya cukup memberi satu pengalaman yang sangat bermakna bagi diriku...hari pertama peperiksaan hatiku berdebar2 melihat anak2 muridku...hatiku berdebar mengalahkan aku pula yang bakal menjawab soalan2 ujian tersebut...aku melihat setiap wajah anak muridku...mahu memarahi mereka pun sudah tidak mampu rasanya...kerisauan untuk mereka lebih dari rasa marah apabila melihat mereka terhengeh2 berjalan sedangkan kawan2 yang lain telah duduk di dewan peperiksaan...

sebelum ini mak selalu katakan padaku ayat ini... "tunggulah kau menjadi mak nanti...baru kau tahu apa yang mak rasa.." aku rasa tidak perlu menunggu aku menjadi ibu pun aku sudah mengetahui rasa itu...rasa yang sangat gundah gulana...rasa berdebar2 melihat wajah mereka ketika masuk dan juga keluar dari dewan peperiksaan...terkejar2 mencari mereka yang lambat mahupun tidak sampai ke sekolah lagi...kerisauan melihat mereka yang tidak sihat dan tidak makan....aduh....!!!sangat mengganggu hati dan perasaanku beberapa hari ini...!

disebabkan kerisauan tentang mereka kaki ku kejang...sangat sakit...!semalam rasanya mahu terduduk sahaja apabila tidak tahan dengan sakit di kaki ku ini....namun melihatkan wajah anak2 muridku semangat ku datang...ku kuatkan hati...ku kukuhkan tenaga bagi anak2 muridku...aku tidak mahu di lihat lemah...biarlah bersakit sekejap...hanya isnin hingga khamis sahaja aku menjadi "ibu" kepada 59 orang muridku itu...biarlah aku menjaga mereka sepenuh hatiku...

hari ini hari ke tiga mereka menjalani ujian...aku tidak tahulah apa yang bakal terjadi untuk hari ini...ku harap anak2ku itu tidak terlewat datang ke sekolah...aku harap mereka sihat dan boleh menjawab soalan dengan mudah tanpa sebarang masalah...jujurnya semalam aku terasa agak geram dengan ketua pengawas itu...dia langsung tidak memberitahuku tentang perubahan jadual peperiksaan...di dalam jadual menunjukkan bahawa kertas pertama adalah sirah...namun selepas ujian pertama anak2 muridku rehat...selepas 15 minit aku turun dan mengumpulkan mereka..aku membawa ubat pensel khat dan pemadam bagi yang memerlukan kerana sebelum itu mereka ada menyatakan padaku yang mereka tiada barang2 itu...

selepas mengumpulkan mereka aku mengeluarkan ubat pensel khat dan mahu memberikan kepada mereka...namun seorang anak muridku menyatakan yang mereka telah menjawab kertas jawi...aku hairan...aku katakan pada mereka bukankah kertas sirah dahulu???mereka kata bukan...jawi dahulu...aku fikirkan mungkin aku salah melihat jadual...jadi aku hanya berharap mereka boleh menjawab dan agak risau juga dengan bahagian khat mereka...sebab ada diantara mereka tidak membawa pensel khat dan ada yang mempunyai pensel namun tiada ubatnya...

setelah beraturkan mereka dan bertanya sekiranya ada masalah atau tidak dan aku lepaskan mereka naik ke dewan peperiksaan semula...namun ada segelintir anak muridku yang masih makan dan tidak mengetahui bahawa kawan2 mereka telah naik ke dewan...terpaksalah aku mencari mereka di sekitar kawasan sekolah...dengan kaki yang kejang ku gagahi juga langkahku...sakitnya janganlah cakap...serasa mahu terduduk sahaja...akhirnya semua masuk ke dewan dan hatiku merasa lega kembali...

naik sahaja ke pejabat aku terus melihat jadual peperiksaan..dan betul sangkaanku yang kertas sirah dahulu...bukan jawi...mengapa ketua pengawas itu tidak memaklumkan kepada aku atau guru besarku tentang perubahan itu...sekiranya dia memberitahu awal kepada kami bolehlah aku menyediakan apa yang patut untuk murid2ku itu..ini tidak...dia langsung tidak memberitahu bahkan mendiamkan diri...ya ALLAH apalah jadi dengan kertas ujian anak2ku itu agaknya..2 hari telah berlalu dan kini aku perlu melalui 2 hari lagi sebagai "ibu"..

hari ini mereka akan mengambil ujian adab I dan adab II...harap2 mereka boleh menjawab soalan tanpa blur di dalam dewan...janganlah ada yang termenung menghadap kertas ujian itu...dari apa yang aku perhatikan ada anak muridku yang kurang menumpukan perhatian semasa ujian...ya ALLAH...janganlah ada yang tidak menjawab soalan...apa pun best of luck untukku juga...harap2 kaki ku kurang kejangnya hari ini...hehehe

~hati seorang ibu~

No comments: