Thursday, October 11, 2012

penat...!!

Views


hari ini aku sangat2 letih....seharian aku habiskan masa untuk menanda kertas ujian anak2 muridku...aduh...!!!lenguh2 badanku....bukan sahaja lenguh malam sengal2 urat belakangku...

kebetulan pula minggu ini semua murid menduduki ujian akhir tahun kecuali murid darjah 5...murid darjah 5 baru sahaja habis ujian UPKK...jadi mereka tidak perlu mengambil ujian akhir tahun...namun masa mereka di isi dengan menghabiskan ujian2 amali yang tertangguh...

aku seperti biasalah masuk ke kelas dan mengagih soalan kemudian membacakannya untuk anak2 murid ku...bukan mereka tidak tahu membaca...namun agak lambat sekiranya membiarkan mereka membaca sendiri...hendak di jadikan cerita panas...sekolah itu kini dalam proses pengubah suaian...jadi keadaan agak bising dan kurang selesa untuk anak2 ku menjawab soalan...lihat sahaja gambar di bawah ini bagaimana keadaan mereka duduk...




ada yang sampai terpaksa berkongsi meja...bukan aku tidak mahu pecahkan mereka kepada 2 kelas...tapi aku rasa keadaan membuatkan aku tidak mahu berbuat demikian...pertama ada seorang ustazah membuat syafawi di tingkat atas berdekatan dengan 1 kelas kosong...sekiranya aku menggunakan kelas itu kemudian habis ujian anak2 murid ku pasti membuat bising dan mengganggu sesi syafawi itu...sudahnya tergendala pula syafawi itu akibat anak2 muridku...

kedua sebabnya aku rasa keadaan sekeliling yang bising...sangat bising...kiri dan kanan...jadi untuk aku membacakan soalan kepada anak muridku juga agak payah kerana terpaksa menjerit2 dua kali ganda dari suara asalku...aduh...boleh putus urat merih di buatnya...

nasib baiklah semasa sesi ujian tahap 2 keadaan agak lengang dan tiada bunyi2 yang kurang menyenangkan...anak2 muridku darjah 4 dapatlah menjawab soalan dengan tenang...lihat gambar di bawah ini...


namun aku pula yang tidak menang kaki hendak ke sana ke sini...mahu menguruskan budak2 ujian...kemudian menguruskan budak2 nasyid...pergh...dalam sejarah aku menjadi individu yang sangat sibuk...!!!

hari Q bakal tiba lebih kurang 3 minggu sahaja lagi...jadi banyak perancangan yang sudah di atur untuk majlis itu...antaranya nasyid dan juga nazam...setakat ini aku hanya di tugaskan untuk bahagian nasyid...(semestinya bahagian hadiah,hiasan dll bakal aku dapat tidak lama lagi...*_* p/s: tak suke!)

jadi terpaksalah aku membuat kajian tentang lagu2 nasyid yang terbaru....mencari lirik...mencetak dan mencari budak2 yang bakal menyanyikan lagu tersebut...hari ini baru aku berkesempatan untuk bertemu dengan anak2 muridku yang darjah 5...merekalah yang bakal menjadi penyanyinya...hehehehe...

nampaknya mereka begitu teruja dengan hari Q tidak lama lagi...lihat sahaja aksi mereka menghafal lirik di bawah ini....




sudah nama pun budak2...macam2lah ragam masing...namun aku seronok melihat mereka....terhibur jugalah walaupun kadang kala mereka ini memeningkan kepalaku....namun tanpa mereka tidak wujud kenangan manis ku bersama mereka...

berbalik kepada kertas ujian yang ku tanda hari ini....aku hanya dapat menyiapkan kertas al-Quran darjah 1 (2 kelas), darjah 2 (2 kelas),dan subjek sirah (1 kelas)...lihat gambar di bawah...



kalau boleh esok aku mahu siapkan subjek adab (2 kelas)...aku mahu menyerahkan semua kertas seawal mungkin....tidak sanggup untuk menangguh kerja....kerja2 yang bakal tiba tidak terhitung banyaknya...lebih baik sekarang aku selesaikan mana yang ada di depan mata dahulu...supaya yang akan datang tidak terbeban di bahuku...

argh....sudah lewat benar rasanya...aku mahu tidur...mahu rehat...esok mahu berperang dengan masa lagi...babai...selamat malam...!

~mata sudah berat~

No comments: