Tuesday, October 2, 2012

:: UPKK ::

Views

siapakah anak manis di atas???ruz hadzirah ezreen...anak muridku di sekolah...kini dia dan rakan2nya sedang bergelut dengan kertas peperiksaan UPKK...hari ini (1 oktober 2012) baru bermulanya peperiksaan tersebut...

aduhai...jujurnya aku sangat penat hari ini...tersangat penat...!!serasa mahu terputus kakiku akibat berlari ke sana ke sini...menaiki 2 banggunan yang tinggi...bangunan peperiksaan di tempat di bangunan baru...dewan peperiksaan pula terletak di tingakat atas sekali...tingkat 3 kalau aku tidak silap...


inilah bangunannya...tinggi bukan...bayangkan aku kena naik ke bangunan ini untuk memastikan semua murid hadir sebelum peperiksaan bermula...hendak di jadikan cerita bagi ujian hari ini ramai pula yang mengelat tidak mahu hadir...amboi...!!ada hati mahu duduk di rumah ya...!

selepas memastikan berapa orang pelajar yang ghaib aku segera bertanyakan kepada guru besarku ustazah Jalilah sama ada mahu menelefon dahulu atau terus ke rumah mereka2 yang ghaib itu...ustazah Jalilah menyuruhku menghubungi keluarga mereka dahulu...kemudian aku menghubungi salah seorang dari mereka...fajrul iman...aku diberitahu oleh ibu fajrul yang dia tidak mahu ke sekolah kerana malu dengan keadaan mukanya yang luka di sebabkan terbakar..ya Allah...kesian aku lihat wajahnya...separuh dari wajahnya kehitaman akibat melecur...

usahlah aku ceritakan bagaimana wajah fajrul boleh melecur...apa yang aku lakukan tadi aku pujuk anak muridku itu..aku katakan padanya sayang sekiranya dia tidak mahu ke sekolah sedangkan sudah sampai ke peringkat akhir selepas berhempas pulas belajar sebelum ini...inilah waktunya dia mencurahkan segala ilmu yang telah dipelajari...

tidak sukar memujuknya...akhirrnya dia mahu ke sekolah...walaupun dari raut wajahnya dapat ku tafsirkan yang dia sedikit tidak rela...namun aku senyum padanya dan aku katakan padanya tiada apa yang mahu di malukan...dia hanya perlu datang dan mengambil ujian sahaja...kemudian dari rumah fajrul aku ke rumah syafie asri...ini budak memang menggugat imanku...sudahlah tidak mahu ke sekolah mengambil ujian...siap boleh pergi mencing...!memang tidak boleh di terima langsung...

keduanya aku dan guru besarku bawa ke sekolah...alhamdullillah semuanya selamat mengambil ujian UPKK...cukup semput nafasku hari ini...serasa mencungap yang teramat...sehingga tidak mampu berkata2...ya ALLAH permudahkanlah urusan anak didikku...permudahkan mereka menjawab soalan2 ujian ini...

hari ini sudah berlalu...tinggal 3 hari lagi...3 hari lagi aku bakal bersenam turun naik tangga...pergh...!!!dugaan...

muara hati untuk diriku..
*layan perasaan kejap*

~kerinduan kepadanya~

No comments: