Sunday, November 11, 2012

single

Views

marah???merajuk???tidak sama sekali...tiada apa yang hendak aku marahkan....dan tiada apa yang hendak aku rajukkan...aku masih begini....dan tidak berubah pun...

cuma mungkin aku ingin berubah kepada yang asal...aku malas mahu bercakap tentang cinta mahupun sayang...sebab semua itu belum pasti ada jawapan untukku....

aku juga tidak mahu di jadikan sandaran hati sesiapa...aku adalah aku...dan dia adalah dia...tiada apa yang mengikat dia untuk mencari yang lain dan tiada apa yang mengikat aku untuk dirinya...

puas sudah aku fikirkan benda ini...rasanya memang patut ku sedarkan diri sebelum terlewat...belum tiba masanya aku merasakan perasaan sayang itu kembali....walaupun sekadar panggilan tidak bermaksud dia memaknakan panggilan itu untuk dirinya....

aku juga tidak mahu meletakkan apa2 harapan apatah lagi impian...mungkin di sebabkan aku agak kurang sihat begini menyebabkan aku malas mahu bercakap lebih2 dengannya atau pun aku rasakan tiada peri pentingnya aku berkongsi cerita dengannya...semestinya tiada kepentingan baginya cerita2 ku itu...hanya singgah buat seketika dalam ingatan kemudian puffff hilang begitu sahaja....

jadi sebab itulah aku lebih banyak bercakap yang ringkas2 sahaja....lebih2 lagi dalam keadaanku yang agak tidak normal sekarang...aku lebih senang mendiamkan diri sekarang ini...bercakap bila perlu...berkecil hati mungkin yea...tapi tidak begitu penting untuk melayan perasaan "berkecil  hati" ku itu...

semuanya aku letak ke tepi....tiada apa yang mahu aku fikirkan sepanjang musim cuti sekolah ini...

~single~

No comments: