Saturday, November 24, 2012

en Barnie

Views

syukur ya ALLAH...tiada apa yang jadi padanya...dia selamat....cuma hanya di bahagian kakinya berjahit...namun aku tetap terasa sakit dan ngilu meskipun bukan aku yang mengalami kemalangan itu....ya ALLAH lindungilah dia....dia sebahagian dariku...(insyaallah)

entah mengapa aku tidak selesa sepanjang hari semalam...memang khamis malam itu kami ada bermesej....sebelum itu pada paginya kami ada bertemu dan keluar bersama dengan ustazah Jalilah dan juga ustazah Rohana...tujuannya hanya untuk ke bank dan mencari beberapa keperluan gB dan juga sekolah...keluar pada hari itu sangat seronok walaupun pada permulaannya aku enggan ikut kerana gB menukar rancangan mahu keluar dengan lebih awal...namun dia seakan2 tidak mahu aku balik dan mahu aku mengikut mereka keluar...dan akhirnya aku keluar juga....! ^_^

aku hanya mengikut tapi langsung tidak turun dari kereta...memandangkan aku hanya berselipar lagilah aku malas mahu turun....dan jangka ku dia turun bersama gB dan ustazah Rohana...namun sebaliknya pula...dia temankanku di dalam kereta sambil2 itu kami menonton maharaja lawak 2011 di tabnya...kemudian selesai segalanya kami singgah makan di Bachang....makan nasi ayam....!

sebelah malamnya seperti yang aku katakan aku ada bermesej dengannya...namun hanya sekejap sahaja...lebih kurang pukul 9 lebih aku sudah berhenti bermesej....dan dia langsung tidak membalas mesej ku yang berikutnya...masa itu aku sudah rasa semacam namun aku menidakkan perasaan itu...pada paginya (jumaat) aku cuba menghubunginya untuk bertanyakan tentang kunci pejabat....aku mesej....aku call...namun tidak 1 yang berbalas...hairan juga aku jadinya...tika itu sudah terdetik di hatiku sesuatu telah berlaku padanya...

dan malamnya gB menelefonku...gB memberitahuku yang dia kemalangan semasa membawa motor...terbang semangatku...terus aku teringat tentang mesej semalam...akukah puncanya dia kemalangan???sungguh aku sangat risau dan juga bimbang dengan keadaannya...gB aku berjanji padaku jika dia mahu pergi kerumah si dia gB ku akan mengajakku sama...dan hari ini selepas zohor aku ke rumahnya...

semuanya ok...aku masih boleh lihat wajahnya yang ala2 barnie itu...^_^ selain itu dalam sakit2 pon dia masih mahu berlawak...sudahlah sakit masih mahu mengenakan aku....sabar sajalah...!apa pun syukur dia tidak apa2...cuma mungkin dia akan berehat lama di rumah...hari Isnin ini mungkin aku tidak akan berjumpa dengannya...dan mungkin juga hari Isnin ini hari terakhir aku ke sekolah...aku mahu berehat...apa2 kerja lepas ini ku serahkan kepada mereka2 yang ada di sekolah...melainkan aku di tugaskan di sekolah yang sama tahun depan...harap2 begitulah... ^_^

untuk awak en barnie semoga cepat sembuh...dan pastinya saya akan mesej awak hari2 walaupun saya sudah "bercuti" nanti...

~jgn wat sy takot lg~

No comments: