Saturday, June 30, 2012

titik2 air jernih

Views

hari ini aku nekad bertazkirah dengan 4 ba....jujurnya aku sendiri tidak sedia untuk berdepan dengan murid2 aku ini....aku masih lagi sedih dengan kejadian semalam....tapi....demi kebaikan mereka aku gagahkan hati ini juga...

aku bawa murid2 4 ba ke surau....aku suruh mereka duduk dalam saf lelaki dan juga perempuan....aku pandang wajah2 mereka...soalan pertama yang aku tanyakan pada mereka adakah mereka tahu mengapa aku marahkan mereka semalam...

ada yang jawab sebab mereka tidak hafal tahyat akhir....ada yang jawab sebab mereka bising....ada yang jawab sebab suka menjawab....banyak sangat yang meneka2....aku suruh mereka diam dan dengar baik2 apa yang aku hendak katakan pada mereka...

aku katakan yang aku marah mereka bukan sebab mereka bercakap...bukan juga sebab mereka degil tidak mahu menghafal tahyat akhir....tapi sebab sikap mereka sendiri....aku marah sebab mereka langsung tiada adab dengan guru....aku katakan pada mereka cubalah hormat seorang guru itu seperti mereka hormat ibu dan ayah mereka....walaupun aku bukan ibu yang melahirkan mereka namun aku juga berperanan sebagai ibu dalam mendidik mereka di sekolah....

aku juga tekankan tentang ilmu yang mereka pelajari....aku mengajar subjek al-quran dan juga ulum syariah bagi 4 ba....ilmu itu bukan setakat untuk dunia semata2....malah ilmu itu kekal sehingga mereka kembali kepada Nya...aku nasihatkan anak2ku itu supaya kurangkan kedegilan mereka....cuba menjadi anak yang baik bagi ibu dan ayah mereka....

aku tidak mintak di sanjung....aku pun tidak minta diberikan rumah mahupun kereta mewah...cukuplah ingatan dari mereka yang aku pernah mengajar mereka...aku juga perlu faham yang mereka belum boleh faham dengan apa yang aku sampaikan....meraka masih kanak-kanak yang leka dengan permainan....apa pun aku tetap mencuba untuk bagi mereka semangat untuk belajar....untuk berjaya dalam akademik mereka...aku marah sebab aku sayang anak2 murid aku itu....aku tidak mahu mereka leka.....

bila melihat linangan air mata mereka buat aku bertambah2 sedih....jujurnya memang air mataku telah berlinangan....bila aku nasihatkan mereka dan mereka pula yang sedih sehingga berlinangan air mata....aku bukan mahu mereka menangis....aku tidak sengaja...setiap wajah yang aku lihat membuatkan aku teramat sedih sehingga kelu lidahku untuk berkata-kata.....sedegil2 mereka aku tetap sayang....aku tetap terkenang lawak2 bodoh mereka bila aku sedang mengajar...

ya Allah moga di permudahkan anak2 muridku menjalani kehidupan mereka sebagai pelajar...moga ilmu yang mereka perolehi berkat sehingga di jemput Illahi....dan semoga mereka menjadi anak soleh dan solehah untuk ibu dan ayah mereka...amin ya Rab...

~semoga aku kuat untuk menjadi pengajar~

No comments: