Saturday, December 22, 2012

celaru

Views


memang sukar mahu mengungkapkan kejujuran....sebabnya kejujuran itu ibarat semut hitam yang berada di atas batu hitam di malam yang gelap tanpa sekelumit cahaya....jadi bagaimana mahu membuktikan kejujuran itu???

jujurnya kau juga tidak tahu penyelesaian bagi persoalanku itu...namun bagiku jika kedua belah pihak saling mempercayai mungkin tidak timbul masalah ini....contohnya aku menyatakan yang aku mempunyai scandal....mungkin pada mulanya dia akan mempercayai yang aku mempunyai scandal...lebih2 lagi dia masih baru mengenali diriku....dia belum pun mengenali segala2 yang tersimpan di hatiku ini...belum boleh membaca riak wajahku...belum boleh mengerti cara bahasa tubuhku...sama ada marah, suka, duka, mahupun berjenaka...

begitu juga dengan keihklasanku menyayanginya...mungkin ada keraguan di hatinya...ragu dengan kasih sayang yang aku berikan....kami masih baru....mungkin juga belum mengenali sepenuhnya...masa2 sekarang ini memang saat terbaik untuk aku mengenali dirinya dan dia mengenali diriku...

cuma apa yang aku pinta letakkanlah 60% kepercayaan kepadaku lebih2 lagi soal kejujuran dan keihklasanku menyayanginya...jujurnya kadang2 aku terasa juga apabila keikhlasanku menyayanginya di pertikaikan...bukan salah soalan2 itu...namun ada sesetengah masa aku rasakan soalan itu ibarat menikam2 hatiku sehingga aku rasa mahu sahaja merajok lama2...tapi setakat ini belum lagi yang berlaku seperti itu...

mampukah aku memberikan yang terbaik untuk dirinya???mampukah aku menjadi isteri yang baik untuk dirinya???masa untuk kami saling mengenali dengan lebih dalam tidak begitu lama....insyaallah jika di izinkan Allah bulan 6 tahun depan tercatit sejarah baru dalam hidupku...tercatit 1 pengalaman baru bagiku...bergelar seorang isteri memang saat yang aku nantikan...lebih2 lagi lelaki seperti dirinya...

lihat sahaja wajah mak dan ayah...mereka gembira bermenantukan en barnie...huhuhuhu...aku???sudah tentu bahagia...sudah tentu aku teruja dengan perhubungan ini...namun ada juga kegusaran dihatiku...kadang2 persoalan2 lampau menyesakkan kepalaku...sukar untuk aku leraikan persoalan2 itu...aku tidak suka di asak dengan persoalan yang aku tidak mampu menjawabnya secara terus apatah lagi berkaitan dengan seseorang yang bakal aku nikahi lebih kurang 6 bulan lagi...

aku sayangkan dirinya yang sekarang...masa lalu itu bukan sandaran untuku membenci dirinya...mungkin betul masa lalu itu banyak menerbitkan rasa sakait hati....rasa tidak puas hati....rasa kecewa...tapi perlukah aku bersandar kepada kenangan itu lagi sedangkan aku kini bahagia dengan dia...aku kini gembira bersama dengan dirinya yang sekarang...dirinya yang sweet di mataku....dan yang penting kasih sayangnya...

aku mencintainya sebab dirinya...dan aku juga perlu menerima kekurangan dirinya...manusia itu bukan perfect...serba serbi kurang...jadi aku sebagai pasangannyalah yang berperanan untuk melengkapkan apa yang kurang...moga hubungan ini berkekalan sehingga ke jannah dan semoga perkhawinan di berkati Allah..

”Ya Allah, izinkan aku jatuh cinta pada orang yang tepat, di waktu yang tepat. Kerana hatiku cuma satu, hanya kepada dia yang halal buatku.”

No comments: