Friday, December 7, 2012

rindu vs sleepy

Views

hari ini aku de temuduga di melaka....sebenarnya aku tidak sedia langsung untuk ke sesi temuduga itu....boleh di katakan aku slumber sahaja....sehari sebelum temuduga aku habiskan bersama dengan en barnie...kami berbual berbual dan berbual sehingga ke pagi...akhirnya kami tidak tidur langsung....!

hendak di jadikan cerita sepanjang temuduga aku sangat mengantuk dan kepalaku agak pening....ibarat menunggu rebah dan sudah semestinya akan terus terlena ibarat bayi yang baru di lahirkan...hehehehe...

balik sahaja dari temuduga hanya 1 sahaja yang aku inginkan...mahu mendengar suara insan tersayang.... ^_^ ...mak dan ayah sudah ku ceritakan tentang semua yang terjadi dalam sesi temuduga itu...mak dan ayah tidak banyak komen....aku juga tidak tahu mahu mengulas bagaimana lagi memandangkan aku agak teruk sewaktu temuduga itu.....

aku menghubungi dia selepas solat Jumaat...sangat sweet sehinggakan hilang sakit kepalaku...mendengar dia yang asyik bercakap mengubat kesedihan selepas temuduga...sangat comel tau sayang...!

dia sangat pandai bercakap....dari 1 tajuk boleh masuk ke pelbagai tajuk....sehingga aku tidak tahu di mana mahu aku mencelah sewaktu dia sedang bercakap...kesudahannya aku hanya diam dan mendengar sahaja sehinggakan dia menyangka aku sudah tidur...aku suka dengar dia bercakap...seperti budak2 kecil yang baru sahaja tahu berkata2...semua mahu di ceritakan....sangat seronok sehinggakan tidak sedar hari semakin pagi...

alhamdullillah....bahagia...itu yang mudahnya aku gambarkan sekarang...aku berdoa semoga kebahagiaan ini kekal hingga kami menjadi halal...sesungguhnya memang itu tujuan kami dan moga2 impian itu terlaksana tahun hadapan...amin....

~sy cuma mahu awk~

No comments: