Thursday, January 17, 2013

bulan Islam

Views


Jom tambah ilmu berkaitan dengan bulan Rabiul Awal...saja berkongsi ilmu yang mungkin bermanfaat untuk semua dan juga diri aku...so jooooooooooooooom baca...

read more please

Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

1.Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Di keheningan 12 Rabiulawal tahun gajah lahirlah seorang insan pembawa rahmat bagi seluruh alam. Kehadiran baginda telah mengubah dunia dari kejahilan kepada kefaqihan.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi Muhammad saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan.
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar.Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah:-

Ø  peperangan Safwan (Badar pertama)
Ø  Bawat, Zi Amar (Ghatfan)
Ø  Bani An-Nadhir
Ø  Daumatul Jandal
Ø  peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

7.  Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

No comments: