Thursday, January 10, 2013

just no!

Views

mak cakap aku garang...yea...!memang aku garang....sebab aku sangat garanglah jarang ade lelaki yang suka pada diriku...cukup baguslah begitu sebab aku garang bersebab...!!

penting sangatkah kerja yang dilakukannya itu???sedangkan kerja yang sememangnya wajib bagi dirinya tidak pula dilaksanakan dengan sempurna....tidak salah mahu membantu asalkan kewajipan kita dilaksanakan dengan sempurna...tidak salah mahu mencari pahala asalkan pahala utama tidak di ketepikan...

beri aku 2 alasan mengapa perlu dia membantu lagi sedangkan itu bukan kewajipan bagi dirinya...perlu ke menyelesaikan bidang tugas orang lain sedangkan dirinya sudah terbelenggu dengan bidang tugas diri sendiri di tempat kerja SENDIRI...

aku dengan senang hati boleh menyenaraikan mengapa orang mudah sahaja menggunakan dirinya...

1. sebab dirimu mudah memberi bantuan.
pendapatku : bukan tidak boleh memberi pertolongan...tapi rasanya kalau bukan tanggungjawab dirimu mengapa perlu dibebankan diri dengan tanggungjawab itu...bukankah ada orang yang sepatutnya menyelesaikan tugas itu selain DIRIMU.

2. sebab dirimu mudah menyatakan YEA.
pendapatku : bukannya dirimu tidak boleh mengatakan TIDAK tetapi dirimu lebih mudah menyatakan YEA...mungkin perkataan itu sukar untuk dirimu nyatakan namun dengan mudah orang menganmbil kesempatan keatas kebaikan dirimu itu....yea aku tahu tidak salah membantu sahabat mahupun rakan sekerja...namun 1 sahaja yang perlu aku tanyakan pada dirimu...kerja yang sepatutnya dirimu selesaikan sudah settle ke???fikirkan sendiri...

3. orang selalu mengambil mudah tentang dirimu.
pendapatku : perkara itu memang terang lagi bersuluh...orang sangat mudah menyatakan itu dan ini sedangkan perkara itu langsung tiada kaitan denganmu...contohnya membetulkan paip air sekolah...bukannya di sekolah itu tiada ustaz...bukannya di sekolah itu sudah tiada orang yang boleh membantu...mengapa dirimu juga yang perlu menyelesaikan kerja2 itu..??!

4. dirimu sering memikirkan orang lain.
pendapatku : tolonglah utamakan dirimu bukan orang lain...memang membantu itu amalan mulia...tapi perlukah sehingga mengabaikan tanggungjawab sendiri....walaupun tidak sampai mengabaikan tapi dirimu telah mengambil mudah tanggungjawab yang sepatutnya dirimu laksanakan...pahala boleh dapat bila2....tapi kena ingat dosa juga boleh dapat bila2...

semua orang ada tanggungjawab masing2...jadi setiap orang sepatutnya tahu tanggungjawab diri mereka....bukan dengan membantu secara melulu dapat menyelesaikan tanggungjawab itu...pernah tidak dirimu terfikir mungkin tanggungjawab itu perlu dia selesaikan sendiri dan bukan bergantung pada dirimu???pernah tidak kamu terfikir dengan menyelesaikan tugas2 itu kamu memberi dosa pada diri orang yang sepatutnya bertanggungjawab dalam tugas itu???

setiap perbuatan manusia perlu di nilai dari akalnya...malah ianya juga dinilai dari tanggungjawab dirinya...sekiranya dia tidak menyelesaikan tanggungjawab dirinya adakah dia akan terlepas begitu sahaja dari ALLAH SWT???fikir2kan sendiri...dirimu cukup dewasa untuk menilai kata2ku...

diriku bukan pandai agama...lebih2 lagi untuk menilai dosa pahala seseorang...namun bagiku biarlah kena dengan caranya...kita tidak boleh menjadi superman mahupun batman ataupun kluang man...kite manusia biasa yang setiap seorang di bahunya ada catitan masing2...baik dan buruk diri masing2...yang baik itu dari ALLAH SWT dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri...

~luahanrasahati~

*harap maaf mungkin luahan ini tidak menggunakan dalil sebenar..sebab orang yang menulis ini masih lagi belajar mengenai kehidupan sebenar.

No comments: