Tuesday, September 25, 2012

5 isu

Views


sepanjang hari ini banyak benda yang berlegar2 di kepalaku...tentang sahabatku...tentang perasaanku...tentang apa yang aku baru tahu...tentang sekolah...tentang kerja...macam2...jom kita cuba memahami apa yang bermain di fikiranku sekarang ini...
read more di bawah yea..^_^

isu pertama : kawanku

sehingga sekarang tiada apa yang boleh aku kongsikan...dia masih tidak sedar sejak di bedah...aku tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan keadaannya kerana aku sendiri belum melihatnya dengan mataku sendiri...sebenarnya aku agak tidak berpuas hati juga selagi belum melihat keadaannya...

apa yang mampu aku lakukan sekarang adalah berdoa agar dia sihat dan kembali sedar seperti biasa...kembali menjadi syafiq azizam yang aku kenal sejak zaman sekolah lagi...sesungguhnya aku tidak mampu membendung perasaanku apabila membaca status2 rakan2 tentang dirinya...aku sangat gerun...aku sangat takut...aku berdoa sangat supaya pengalaman pertama ketika sekolah dulu tidak berulang lagi...belum masanya lagi...ya ALLAH sembuhkan dirinya..

isu kedua : perasaan.

aku tidak mampu memandu sendiri hari ini...kenapa??badanku bergetar...mengenangkan isu sahabatku...aku bukan takut untuk memandu...namun aku agak berdebar..badanku seram sejuk apabila teringat2 yang rakanku kini kritikal di hospital...itu membuatkan aku lemah satu badan...fikiranku menjadi tidak menentu...

mak dan ayah agak bising bila aku minta ayah hantarkanku ke sekolah...kata mak jangan diikutkan rasa hati...jangan di layan sangat rasa takut yang hadir di dalam hati...itu semua syaitan...sekiranya rasa gentar bacalah ayat2 suci al-Quran agar gentar itu akan hilang...aku faham apa yang mak cuba katakan...cuma ketika itu apa yang aku tahu aku memang tidak takut...cuma aku berdebar dan agak terfikir2 tentang keadaan dia yang terlantar...

serasa mahu sahaja aku terbang ke HKL untuk melihat sahabatku itu...supaya puas hatiku...supaya aku tidak terkilan buat kali kedua...namun itu semua mustahil buat ketika ini...aku hanya mampu berdoa agar dia dilindungi ALLAH...agar dia kembali sedar...hanya itu...jujurnya aku sangat sedih...teramat sedih...

isu ketiga : perkara baru ku tahu.

isu ini agak sukar mahu ku ceritakan...ianya melibatkan individu yang penting dalam hidupku...ianya juga sukar untukku selesaikan...ianya juga melibatkan perasaan...jadi apa yang boleh aku simpulkan di sini bahawa isu ini tidak boleh di bincangkan...cukup sekadar aku nyatakan bahawa aku keliru dengan apa yang telah terjadi sekarang dan apa yang aku alami sekarang...

isu keempat : sekolah

sekolahku sangat bising!!!!!!jujurnya aku cukup malas mahu ke sekolah minggu ini...mengapa???sekolah sungguh bising...sekolah itu ketika ini sedang dalam pengubahsuaian...jadi banyaklah perkara yang hendak di lakukan oleh si kontraktur...antaranya memecahkan simen...drill sane...drill sini...aduh...sangat tension...!!

kepalaku dari ok boleh mendapat migran apabila bunyi2 bising itu melalui lubang telingaku...serasa mahu mengamuk sahaja di sekolah...sudahlah murid2 ramai...aku risau sekiranya terjadi kecelakaan pada anak2ku itu...dari apa yang aku lihat...pekerja2 itu tidak menitik beratkan keselamatan kanak2...bayangkanlah...mereka boleh baling besi tingkap dari aras tiga ke bawah...??!

ya ALLAH...dan cuba kalian bayangkan situasi ini pula...mereka baling besi tingkap dari aras tiga ke bawah dan tidak di sangka2 besi itu terpelanting dan mengenai salah seorang anak2ku...apakah perasaan kalian ketika itu???kalau akulah...benda pertama yang mahu aku lakukan adalah memanggil semua pekerja dan aku baling besi itu ke arah mereka dan kemudian baru aku leteri mereka tentang keselamatan dan di mana mereka bekerja sekarang...

aku berharap pengubahsuaian itu berakhir secepatnya...tidak sanggup rasanya mahu terjerit2 semasa mengajar..aku bukannya mengajar kanak2 pekak...anak2ku itu semuanya normal dan sihat2 belaka...

isu kelima : kerjaku.

kini semua orang tertanya2 sama ada aku masih mengajar di sekolah yang sama ataupun aku bakal di pindahkan ke sekolah lain...argh....!aku sendiri tidak tahu...bahkan aku sendiri tertunggu2 keputusan itu...boleh dikatakan aku tidak sabar juga menunggunya...bukan apa...kontrak ku bakal tamat jumaat ini...jadi aku agak ragu2 mahu menjawab apabila ada yang bertanyakan tentang status pekerjaanku...

anak2 murid juga sudah sibuk bertanya...bila ada yang bertanya terbit rasa sedih di hatiku...sedih mahu meninggalkan sekolah itu...sekolah itu banyak mengajarku erti kehidupan seorang guru...sekolah itu banyak memberi kenangan manis dan juga pahit...dari sekolah itu jugalah aku mengenali sifat kanak2...

bagaimanalah agaknya kalau aku di pindahkan...aduh.....di jamin aku akan kesedihan untuk beberapa hari...jujurnya aku agak tidak bersedia untuk berpindah...namun di sebabkan beberapa perkara aku rasa aku perlu pindah...aku perlu keluar dari sekolah itu...entahlah..sukar mahu ku katakan selagi tiada keputusan yang keluar...sama2lah kita nantikan sehingga hari jumaat...

okey orait...cukuplah 5 isu yang aku ketengahkan malam ini....kelima2 isu itu ibarat ombak yang beralun2 di kepalaku...sekejap isu pertama timbul...kemudian isu ke 4 pula...selepas itu isu ke 3 dan ke 2 kemudian yang ke 5 turut sama menjengah...sungguh letih memikirkannya...

~doakan temanku~

No comments: