Friday, September 21, 2012

kekal selamanya

Views


sahabat...satu perkataan itu membuatkan aku terfikir2 malam ini...dulu masa sekolah makan roti sebungkus pun berkongsi...atas ikatan sahabat...pen tiada dakwat pinjam kawan...atas ikatan sahabat juga...menangis akibat sakit hati dengan kawan atas nama sahabat juga...

namun habis sahaja sekolah ibarat semua itu juga tamat di situ sahaja...benarkah???mungkin kerana itu yang terjadi dalam hidupku...sungguh aku kesal tidak terus berhubung dengan teman2ku selepas tamat spm dulu...di entry yang lepas aku ada berkongsi cerita tentang aku keluar bersama dengan kawan2ku...entry malam ini juga masih tentang sahabatku itu...

semasa kami keluar dia ada menyatakan yang ayahnya pernah sakit....namun dia tidak menghabiskan ayatnya...kemudian malam ini hatiku tergerak mahu melihat gambar2 hari raya dia dan keluarganya...kemudian aku sedar ada yang tidak kena pada gambar2nya itu...mana gambar ayahnya???

kebetulan temanku itu online dan aku bertanyakan tentang penyakit ayahnya...dia menyatakan yang ayahnya menghidapi sakit barah hidung...kemudian aku bertanya adakah semakin sembuh???kawanku menyatakan yang ayahnya sudah meninggal dunia..selepas dia tamat stpm..aduh...aku sangat terkilan...dan juga serba salah padanya...

tidak sepatutnya aku bertanyakan soalan itu malam ini...itu juga membuktikan yang aku sememangnya pernah melupakan sahabatku itu apabila tamatnya spm...jujurnya aku agak kesal dengan sikapku...aku juga kecewa kerana langsung tidak mengambil berat tentang kehidupan sahabatku...walaupun dia menyatakan yang dia tidak kisah...namun bagiku itu satu isu yang sangat penting yang sepatutnya aku sebagai sahabat patut tahu...

argh...!!!!!kenapalah masa pantas berlalu meninggalkan kenangan manis kami sewaktu di bangku sekolah menengah???selain kembarku dia juga salah seorang teman rapatku semasa di bangku sekolah...kami duduk bersebelah...kembarku duduk di belah kiri dan dia di belah kanan...di sebabkan kedudukan kami dalam bentuk U jadi kembarku agak berada di depanku sementara kawanku ini betul2 di kananku....

banyak juga kenangan aku bersama dengannya...dia seorang yang simple namun sukar juga mahu menduga fikirannya...namun dia baik...aku senang berteman dengannya sejak dari sekolah lagi...sebenarnya aku sudah kenal kawanku ini sejak kami sekolah rendah lagi...mungkin lebih lama dari aku mengenali kembarku...(hehehe...jgn marah yea...)

namun di sebabkan kami jarang berada di dalam kelas yang sama...jadi kami tidaklah selalu berhubung dan berbual...aku mulai rapat dengannya sejak tingkatan 5...itupun sebab kami berada dalam kelas yang sama dan aku menyandang gelaran ceti kelas...jadi aku agak over reaction sehingga semua orang yang tidak rapat denganku aku tegur dan mulai rapat hingga ke hujung tahun...

dia merupakan salah seorang dari orang yangku tidak rapat itu...namun alhamdullillah...hubungan kami baik sehingga sekarang...dia banyak juga mendengar masalahku...dia juga banyak menasihatiku...cuma aku sahaja yang tidak berkesempatan untuk menjadi pendengar masalahnya dan berkongsi suka duka dirinya...aku harap sangat hubungan persahabatan ini akan kekal sehingga aku beranak pinak...hingga ke syurga insyaallah...


~suhaila~

No comments: