Monday, September 10, 2012

kenapa???

Views
sedih sangat...kenapa buat aku macam itu???aku juga manusia biasa...kenapa mahu permainkan rasa hatiku???aku bukan budak2 yang tidak faham dengan caramu itu...aku sangat memahaminya...bahkan teramat memahami...

depan semua orang kau sangat baik padaku...tapi hakikatnya kau bukan sebegitu...kau sekadar menutup caramu yang sebenar di hadapan semua orang...mungkin kau sudah tidak sabar mahu aku meninggalkan sekolah itu...doakanlah wahai ustaz...doakan semoga aku cepat2 meninggalkan sekolah itu...aku juga sudah tidak sanggup untuk meneruskan lakonan ini...

aku sangat terseksa saat bergelak ketawa denganmu...mengapa???sebab aku rasakan yang kau langsung tidak ikhlas bergelak ketawa denganku...benar...ikhlas itu susah mahu di ungkapkan..namun dari riak wajahmu sudah memaparkan segalanya..aku cukup kenal riak wajahmu...cukuplah...cukup sehingga ke saat ini aku berlakon...cukuplah rasanya aku cuba untuk berbaik denganmu...rasanya cubaanku itu sampai bila2 tidak akan mendatangkan hasil...aku sudah putus asa...

janganlah lagi menegurku...janganlah lagi bermanis muka denganku...janganlah lagi mengajakku berbual denganmu...janganlah lagi bertemu muka denganku...janganlah lagi bergelak ketawa denganku..setiap apa yang kau lakukan sangat meninggalkan kesan di hatiku...cukuplah dengan ayat2mu sebelum ini...aku sangat faham dengan satu ayat yang kau ungkapkan di bulan ramadhan itu...sampai bila2 aku akan berpegang kukuh dengan kata2mu itu...

"saya suka dia tak suka..dia suka saya tak suka" yea aku sangat faham dengan kata2 itu...percayalah sampai bila2 aku akan ingat ayat itu...mungkin hanya kata2 biasa tapi aku sangat faham dengan kata2 kosong kau itu...kata2 yang bagiku sangat2 menghiris hati setelah apa yang di lalui...argh.....!!!!bodoh sungguh aku...!!!

No comments: