Monday, August 20, 2012

froggy

Views
kemaafan???aku insan biasa yang selalu melakukan kesalahan....bukan kau seorang sahaja yang sering melakukan kesilapan...namun bagiku kau tidakperlu memohon maaf padaku....cukup sekadar kau memaafkan dirimu sahaja....
benar...setiap insan perlu saling maaf bermaafan...lagi2 musim perayaan dan musim saling bermaafan ini...namun bagiku tidak perlulah kau wujud lagi dalam diari hidupku kerana bagiku semua itu telah berlalu dan aku tidak mahu ingat walau sedikit pon tentang masa lalu....tiada apa yang perlu aku maafkan dan tiada apa lagi antara aku dan juga kau yang perlu di bincang dan di bualkan....itu tujuanku membuang semua itu termasuk nombor kau...
aku tidak mempunyai kehidupan yang baru...aku masih aku dan seperti apa yang kau baca sekarang aku sedikit pon tidak berubah....aku hanya meneruskan kehidupanku....setiap entry yang kau baca hanya memaparkan sebahagian dari lembaran kisah harianku....bukanlah kehidupan baruku.....
kehidupan baruku bermula apabila aku sah menjadi isteri....itulah baru dikatakan lembaran kehidupan baru...untuk sekarang ini aku hanya mengikuti setiap inci hidupku seperti sedia kala....tiada apa yang berubah...tentang kau???bukannya aku melupakan kau kerana apa yang telah terjadi namun aku melupakan demi tidak menimbulkan lagi masalah....aku juga serik untuk berdepan dengan kenyataan yang aku sering di landa masalah perhubungan...
tiada apa lagi yang mahu aku ingatkan tentang masa2 lepas....aku tidak membuangnya malah aku tidak langsung berniat untuk meninggalkannya namun aku perlu kuburkan setiap apa yang berlaku jauh2 ke dalam lubuk hati....biar kisah silam itu hidup namun tidak membawa apa2 erti kepada sesiapa...jujurnya aku hanya ingin mengingati kau sebagai sahabat sewaktu zaman kecilku sahaja....tidak lebih dan tidak kurang....
sudahlah....kehidupan setiap insan perlu diteruskan....tolonglah....jangan hubungiku lagi....aku tidak mahu ada apa2 kaitan dengan kau lagi....cukuplah sekadar ingatan sahaja...itu sudah memadai....aku tidak memerlukan kau bertanya khabar ataupun memohon maaf kepadaku...cukup sekadar kau memaafkan diri kau...untuk kebaikan bersama cubalah faham pendirian dan pendekatan yang aku lakukan ini....
~baca & faham~

No comments: