Friday, August 17, 2012

2 berita 1 malam

Views

dalam keseronok aku dan keluarga masih ada rupanya saudaraku yang dalam kesedihan dan kesusahan...ya Allah begitu besar dugaannya di bulan mulia ini....sangat tidak kami duga dan juga bukan perancangan bagi dia untuk menempuh dugaan sebegitu...

semasa aku sedang bersiap2 mahu ke masjid semalam aku terdengar 2 khabar berita dari mak...1 khabar baik dan 1 lagi khabar yang kurang baik....

aku mulai dengan khabar yang baik dahulu ya....alhamdullillah semalam telah lahir seorang lagi waris dari keturunan Abu Hassan...^_^....kakak sedaraku semalam selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel....keduanya selamat dan sihat2 sahaja...along ada menelefon abi baru itu dan bertanyakan perihal isteri dan juga ahli baru itu....dan abang sedaraku itu memaklumkan yang isterinya (kak shida) sihat dan begitu juga anaknya...

syukur sangat...!tahun ini tahun yang menggembirakan bagi pasangan itu setelah beberapa tahun menantikan kehadiran si kecik lagi comel itu....moga2 dengan kehadiran insan baru itu mereka lebih bahagia dan mana tahu tahun depan menambah cahaya mata lagi....huhuhuhu....rezeki Allah hendak bagi....sekarang hanya menunggu giliran adik kepada abang sedaraku ini untuk melahirkan anaknya juga...kakak sedaraku (kak ngah) juga sedang menunggu masa sahaja....bila2 masa sahaja bakal melahirkan...sudah sarat benarku lihat...!

mohon di doakan kedua ibu baru itu dalam keadaan sihat dan sejahtera bersama pasangan dan juga anak kecil mereka...tidak sabar mahu melihat baby boy itu....macam manalah rupanya agaknya...mengikut wajah  abi mahupun wajah umi...^_^...sama2 kita nantikan...

seterusnya berita yang kurang baik...selepas sahaja aku mendengarkan berita gembira itu mak menambah cerita tentang keadaan abang sedaraku yang dalam keadaan yang kurang sihat...semasa sedang menunggu waktu berbuka aku ada duduk di beranda seketika dan aku lihat anak buahku ada di rumah neneknya...aku fikirkan dia sudah balik ke kampung bersama dengan abah dan juga mamanya (kak na dan juga abang lan)...

namun sebaliknya pula yang berlaku...menurut mak...abang sedara dan kakak sedaraku hanya menghantar anak2nya ke kampung dan mereka kembali ke kuala lumpur untuk berniaga...kiranya mereka mahu hantar anak2 dahulu dan malam raya baru mereka pulang beraya di melaka....begitulah kiranya...namun malang tidak berbau...berlaku 1 kejadian yang tidak siapa duga berlaku kepada pasangan itu sesudah tiba di rumah mereka...

abang sedaraku hampir pitam sewaktu mahu ke tandas dan menyebabkan dia tidak sedarkan diri....kakak sedaraku yang menyedari sesuatu yang tidak kena telah berlaku pada suami telah menelefon ambulans dan abang sedaraku itu dihantar ke hospital yang berdekatan...menurut mak sepanjang perjalanan ke hospital dia sudah tidak sedarkan diri....

setiba sahaja di hospital abang sedaraku terus sahaja diperiksa dan pihak hospital terpaksa menghantar kes abang sedaraku ke 1 lagi hospital kerana abang sedaraku itu perlu di bedah...menurut doktor ada darah beku di dalam otaknya...ya ALLAH...dapat ku bayangkan betapa luruhnya hati kakak sedaraku...sudahlah sendirian kemudian menerima berita sebegitu...pastinya berjujuran air matanya...

namun sehingga hari ini pembedahan masih tidak dapat dilakukan lagi berikutan beberapa perkara yang perlu diambil kira...namun menurut cerita yang mak dengar dari pak itam (ayah kak na) yang abang sedaraku kini sedar...namun tidak mampu membuka matanya...boleh dikatakan dia "lumpuh" 1 badannya...dia menyahut apabila di panggil...namun tidak mampu untuk bergerak....percakapannya juga sukar untuk difaham...

menurut dari pengalaman kakak sedaraku selaku seorang doktor (kak lela) dengan keadaan darah beku telah ada di kepala dan memerlukan pembedahan peluang untuk dia sembuh agak nipis...aku tidak berani mahu komen apa2...bagiku apa yang berlaku semuanya telah di tentukanNya...keajaiban juga boleh berlaku dengan kehendakNya...hanya yang mampu aku lakukan sekarang berdoa semoga abang sedaraku itu sihat seperti sedia kala...semoga sakitnya itu dapat di pulihkan....

ya Allah...aku mohon ditabahkan hati kakak sedaraku dalam menghadapi dugaanMu ini....mohon ditetapkan imannya....moga dia kuat untuk menempuh apa juga yang berlaku....apabila di fikirkan memang menyedihkan...syawal bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi...namun dugaan ALLAH datang tidak kira waktu...kita sebagai manusia hanya mampu menerimanya dan redha dan juga berusaha untuk mencari penyelesaiannya...

~ya ALLAH kuatkan hatinya~

No comments: