Saturday, August 18, 2012

penghujung ramadhan

Views

wah........banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum menjelangnya 1 syawal.....semua kerja2 itu perlu dibereskan oleh AKU memandangkan aku seorang sahaja anak perempuan....along???adik???janganlah diharapkan dengan mereka berdua itu...untuk seketika bolehlah....~_~

check list yang telah dilakukan seperti berikut:

  • membeli keperluan hari raya (barang2 dapur)
  • menggosok baju2 raya (1 keluarga)
  • mencari tudung yang sepadan dan juga kerongsang
  • kasut raya....!!
  • biskut2 raya telah tersedia (dah makan pon...hehehe)
  • langsir telah di gantung
  • duit raya sudah ready (jumlah???jeng jeng jeng...!!)
check list yang masih belum di lakukan seperti berikut:

  • mengemas bilik sendiri...(belum sentuh pun lagi....alahai ~_~)
  • membentangkan karpet2
  • memasang sarung kusyen (belum ambil dari kedai...!!)
  • mengeluarkan cawan + pinggan yang hendak digunakan sepanjang raya
  • balang kuih raya cantik tersimpan dalam almari lagi ~_~
  • barang2 untuk memasak rendang masih belum disentuh
  • dll (tak terfikir dah)

okey orait....jujurnya macam yang belum buat lagi banyak dari yang sudah buat...~_~ apa pun tak boleh...!!!esok merupakan hari yang sangat sibuk....hari yang memerlukan tenaga power rangers...untuk membuat kerja dari celik mata sampailah kembali ke katil untuk tidur bersama cibOb yang comel ^_^

eemmm....tentang abang sedaraku itu hari ini dia telah di bedah...namun keluargaku masih tidak tahu keadaannya di hospital...mak ada menelefon kak na...namun tidak berangkat panggilan mak itu....ya Allah moga2 semuanya selamat....masa mak telefon kak na zohor tadi aku ada mendengar butir2 perbualan mak...sayu hatiku...pasti kak na hiba dengan apa yang terjadi....ku lihat mak juga menangis...

hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana sayunya hati seorang isteri apabila menatap keadaan suami dalam keadaan seperti itu...dulu keluargaku pernah rasa keadaan seperti itu....maklah orang yang banyak merasakan pengalaman pahit itu...melihat suami terlantar sakit di hospital....menangis bersama suami tersayang....memberi perangsang kepada ayah...

tiada siapa duga kakak sedaraku pula menempuh keadaan yang sama seperti mak...disebabkan itulah mak faham sangat dengan keadaan kak na...mak faham dengan kesedihan kak na...mak menangis sebab simpati mengenangkan nasib yang menimpa keluarga kak na memandangkan syawal tidak lama lagi...anak2 yang masih kecil...keadaan suami yang tidak pasti dapat pulih ataupun tidak....semua itu meruntuh hati mak...hati seorang wanita....hati ibu...

menurut kak na pembedahan itu tidak menjamin apa2 kebaikan...jika selamat suaminya koma dan lumpuh separuh badan....jika tidak....hanya ALLAH sebaik2 perancang hidup hambaNya....pembedahan itu juga terpaksa dilakukan berikutan saluran darah di otak telah mula pecah sedikit demi sedikit yang menyebabkan pendarahan di otak...disebabkan itu doktor terpaksa juga melakukan pembedahan itu hari ini....pukul 12 tengah hari tadi pembedahan dimulakan....mengikut kata doktor pembedahan mengambil masa 3-4 jam....

hanya ALLAH yang lebih tahu apa yang terjadi....aku dan keluarga hanya mampu berdoa semoga semuanya selamat....

~kesayuan~

No comments: