Friday, August 10, 2012

selamanya bersahabat

Views

masih ingat tentang cerita sahabat baikku???entah mengapa lain benar mesej yang di hantar hari ini...kata2nya sedih...menggambarkan rasa hati yang sayu....aku faham...jarang sekali dia mahu berkata2 begitu melainkan dia benar2 dalam keadaan sedih dan pilu....

membaca bait2 kata2nya membuatkan aku juga rasa sedih....sememangnya aku sedih kerana tidak mampu berada dekat dengannya...tidak mampu untuk mendakapnya saat dia sangat memerlukan seseorang untuk meluruhkan kesedihan yang terbuku di hati....tidak mampu untuk bersamanya mendengar dia bercerita tentang masalah2 yang membelenggu fikirannya...tidak mampu berdiri depannya untuk melihat sendiri riak muka sedih yang cuba di timbus dengan kegembiraan sementara.... 

hari ini rasa gagal sangat sebagai seorang rakan baik kepadanya....saat dia sangat memerlukan seseorang aku tidak mampu buat apa2 melainkan menaip di blog dan menghantar mesej kepadanya...aduh....!!kesian sungguh sahabatku yang seorang itu....aku akan cuba menghubunginya nanti bagi mengurangkan kesedihan yang semakin bermukim di hatinya....jangan bersedih sahabat....!!

tika seperti inilah kita mengenal sahabat waktu sedih dan sahabat waktu gembira....jika di beri pilihan aku tidak mahu menjadi sahabat tika waktu gembira sahaja....tika berduka juga aku mahu kongsi bersama dengannya...sepanjang 8 tahun bersahabat baik dengannya tidak pernah dia tinggalkan aku waktu aku bersedih melainkan aku yang meminta dia berbuat sedemikian...saat2 sukar yang aku lalui semuanya bersama dengannya dan juga keluarga tersayang....

8 tahun banyak mengajar aku erti bersahabat....sahabat yang banyak dengar aku menangis dialah...sahabat yang banyak dengar aku ketawa dialah juga orangnya....sahabat yang dengar aku marah2 dia juga....saat aku sangat2 memerlukan teman waktu berduka dia juga yang tampil sambil mengurangkan kesedihan di hati....ku berharap sangat dapat berkongsi suka duka dirinya denganku seperti mana yang dia lakukan padaku...sahabat bergembira ramai....mudah di cari...namun sahabat berduka satu dalam seribu....dan dalam seribu itu dia yang tampil untuk kekal bersahabat...

ku sentiasa berdoa moga hubungan persahabatan ini kekal hingga ke hujung nyawa kami....biarlah bersahabat selamanya...kerana sahabat sepertinya sangat sukar di temui....

~sahabat dunia akhirat~

No comments: