Saturday, August 4, 2012

Bff

Views

pada pagi yang indah lagi menyegarkan ini tetiba aku teringatkan kawan aku yang seorang ini....terkenangkan sudah lama kami berkawan sejak aku dan dia di bangku sekolah lagi....sejak dari tingkatan 1....sudah lama bukan????^_^

kami sangat rapat....boleh dikatakan setiap masalah kami kongsi bersama....aku tiada teman rapat lain selain dirinya....dan aku rasakan hanya dia sahaja yang boleh memahamiku....tidak yang lain....sejak zaman sekolah lagi setiap apa yang aku miliki pasti tidak aku lupa untuk dirinya juga....

contohnya semasa kami di tingkatan 4 ada 1 subjek yang memerlukan kami menggunakan fail untuk menyimpan kertas2 latihan....kebiasaanya orang akan membeli fail hanya untuk kegunaannya sahaja tapi tidak bagi aku....aku membeli fail yang berlatar belakangkan gambar pooh sebanyak 2 buah...1 untukku dan 1 lagi untuk sahabat baikku...^_^
memang kami berkongsi semua benda....kalau boleh semua benda hendak sama....seperti kembar....^_^....kalau dia mempunyai pen biru belang2....aku juga mahu pen biru belang2...kalau aku pakai pensel tekan shaker dia juga mahu pensel tekan shaker....dengan warna yang sama!

kemana2 sahaja kami berdua....kalau ke kantin berdua...ke tandas berdua...ke makmal berdua...kalau mahu ponteng kelas juga berdua...!hahahahaha~boleh dikatakan kemana sahaja pasti kami berdua...kawan2 yang lain gelarkan kami kembar siam....mana tidaknya...berkepit macam belangkas...hehe ^_^

apa yang membuatkan aku sayang dengan sahabatku ini???secara ringkasnya dia seorang pendengar yang baik....dia juga selalu memberikan semangat kepadaku....walau apa pun masalah aku dia tetap mendengarnya sedangkan dirinya juga bermasalah...kami sering berkongsi cerita...tidak kira yang gembira mahupun yang duka...dia juga jenis memahami dengan sikapku yang suka memberontak....yang suka mengamok apabila ada yang tidak kena denganku...

dia jenis yang mudah berkawan....tidak sepertiku...aku susah untuk berkawan...kerana tidak semua orang senang dengan caraku....aku lebih kepada buat halku sendiri....aku lebih senang mengelak dari menambah masalah dari sama2 terjebak dengan masalah....seperti yang aku katakan....dia suka berkawan dengan semua orang...semua orang senang dengan sikapnya...dan kerana itu jugalah kami sangat rapat sehingga kini....

kami juga sekepala....kalau mahu buat nakal memang tidak siapa terfikir itu idea kami....^_^...semasa sekolah dulu kami sering curi2 masuk pejabat pada waktu rehat semata2 mahu merasa sejuk dalam aircond...pejabat adalah kawasan larangan bagi murid2....tidak boleh masuk tanpa kebenaran....namun kami tidak pernah endahkan peraturan itu....bila sampai sahaja waktu rehat kami ke koperasi membeli roti dan terus jalan menuju ke pejabat...masuk ikut pintu depan dan keluar ikut pintu belakang....

kadang kala sempat juga berborak dengan cikgu2 yang kami rapat....memang cikgu2 pun sudah faham dengan perangai kami...kami bukannya hendak mencuri....cuma mahu merasa aircond untuk seketika sahaja...sambil itu kami cuci mata...melihat kehenseman cikgu2 praktikal...hahahahaha~

kalau dia tidak hadir ke sekolah ibarat aku kehilangan separuh dari diriku....hendak kemana2 pun tiada mood...malah hendak makan juga susah...bukannya aku tiada teman lain di kelas...tapi tidak serapat aku dan dia...jadi...agak susah bagiku untuk melakukan aktiviti apabila dia tiada...kami juga merupakan pustakawan sekolah...tapi bukanlah di bahagian perpustakaan...kami di tempatkan di bawah bahagian alat pandang dengar....

apa yang menariknya kami sahaja melayu di dalam bahagian tersebut...kerana majoriti ahlinya berbangsa cina...wah....memang sangat gila kerana kami ibarat masuk ke ladang "lembu" yang tidak tahu "menguak"...namun itu bukan masalah bagi kami....kami redah sahaja....

kami ditugaskan untuk mengemaskini maklumat tentang gajet2 terkini....jadi setiap hari kami akan ke perpustakaan untuk "mencuri" helaian surat khabar tentang gajet2 terbaru....sebenarnya kami langsung tidak memberitahu kepada penyelia perpustakaan yang kami ini bukanlah pustakawan bahagian perpustakaan...kalau kami beritahu kepadanya (kami panggil pakcik Din) sudah tentu kami tidak dapat mencilok helaian surat khabar yang kami perlukan....susahlah nanti!

tapi ternyata akhirnya tembelang kami pecah juga....nasib baik masa itu pakcik Din sudah kamcing dengan kami....kalau tidak masaklah kami kena leteran pakcik Din....~_~...apa pun yang terjadi kami tetap berdua...setiap kenangan masa sekolah dulu memang kami tidak boleh lupakan...kini kalau kami berjumpa tidak sah kalau kami tidak ungkit semula cerita tentang zaman sekolah....pada hal kami bukannya sudah tua sangat...!hahahahahaha~

~sweet memori never come twice~

No comments: