Friday, July 13, 2012

aku & dia

Views


sedihnya hari ini....sangat sedih....aku sangat memerlukan jawapan daripada dia...aku mahu sangat tahu....aku sudah cuba membukakan jalan untuknya...namun dia langsung tidak cuba memasuki jalan yang aku halakan...

aku tidak tahu benar atau tidak apa yang anak murid aku sampaikan padaku...kalau boleh aku mahu tahu dari mulut dia sendiri...kenapa mesti dia berdalih lagi kalau hal itu hal yang betul???jujurnya aku kecewa dengan cara dia...

aku tidak sanggup hendak melihatnya masa balik tadi....bimbang ada titik jernih yang menitis...tapi bagaimana mahu aku lakukan lagi....dia seboleh mungkin berdalih....aku sudah cuba!berapa kali hendak aku rendahkan keegoanku untuk memudahkan dirinya???

aku juga mempunyai hati....aku juga mempunyai rasa malu yang menebal....cuma aku minta sekali dia rendahkan malunya dan egonya untuk memudahkan segalanya....susahkah???sudah puas rasanya aku berfikir2...berkira2 untuk mencari jawapan darinya....semua itu tidak mendatangkan hasil seperti yang aku mahukan...sangat mengecewakan!

wahai hati....apa lagi yang perluku lakukan untuk memuaskan mu???patutkah aku memaksa atau patutkah aku lupakan sahaja usahaku selama ini...aku tidak tahu mengapa dengan dia seribu satu halangan yang menjengah sehingga aku pening....pening memikirkannya...

namun bila melihatnya....bagaikan apa yang aku fikirkan semuanya telah selesai....kenapa aku rasa begitu???hatiku tenang....fikiranku lapang...langsung tidak menimbulkan apa2 keraguan...kadang2 aku ralit memandangnya...bukan sebab dia kacak...tapi ada sesuatu padanya yang menarik2 diriku untuk terus mengenalinya...

apakah???namun dia seakan2 mendirikan satu tembok besar antara kami berdua....sesungguhnya sangat sukar untuk aku menembusi tembok itu tanpa bantuan dari dia...tolonglah...saya sangat memerlukan jawapan darimu...

~jumaat 1307~

No comments: